Kesesakan, kos pengangkutan tinggi dan kekerapan bas yang terhad antara cabaran dihadapi ratusan ribu rakyat Malaysia ketika ini.Kesesakan, kos pengangkutan tinggi dan kekerapan bas yang terhad antara cabaran dihadapi ratusan ribu rakyat Malaysia ketika ini.

RTS Link bakal ubah perjalanan ulang-alik Johor-Singapura

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
RTS LINKRatusan ribu rakyat Malaysia melintasi sempadan ke Singapura setiap hari.

JOHOR BAHRU: Ketika kebanyakan rakyat Malaysia masih ‘diulit mimpi’, ratusan ribu penduduk Johor sudah memulakan hari dengan menempuh perjalanan ke Singapura demi mencari rezeki.

Kebanyakan mereka yang ditemui FMT berkata, rutin berulang-alik merentasi sempadan menuntut pengorbanan keluar seawal pagi untuk mengharungi kesesakan di Tambak Johor, antara lintasan darat paling sibuk di dunia.

Ia mengendalikan kira-kira 350,000 hingga 500,000 pergerakan pengguna setiap hari.

Bagi Mohd Nor Izham, 32, yang bekerja sebagai juruteknik di Lapangan Terbang Changi, setiap hari dia bangun sekitar 3 pagi sebelum keluar rumah pada 4 pagi bagi memastikan sempat tiba di tempat kerja untuk syif jam 7 pagi.

Mohd Nor IzhamMohd Nor Izham.

“Kalau lambat sikit memang akan sangkut. Perjalanan kadang-kadang ambil masa sejam, kadang-kadang dua jam bergantung keadaan trafik,” katanya berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki motosikal.

Setiap hari, Izham juga perlu membayar kira-kira SGD5 (RM15) untuk tol, menjadikan perbelanjaan keseluruhan termasuk kos petrol sekitar SGD100 (RM315) sebulan.

Zamir AbdullahZamir Abdullah.

Zamir Abdullah, 27, yang baru tiga bulan bekerja di sebuah hospital di Singapura berkata, cabaran terbesarnya adalah kekerapan bas yang terhad untuk merentasi sempadan, sekali gus menyebabkan masa menunggu lebih lama terutama pada waktu puncak apabila jumlah penumpang meningkat.

“Apabila sampai di terminal, orang sudah beratur panjang. Kadang-kadang hampir sejam juga baru dapat naik bas. Perjalanan keseluruhan boleh makan masa lebih tiga jam,” kata anak bongsu tujuh beradik.

Bukan hanya pekerja, golongan pelajar turut melalui cabaran sama.

Hon JiajieHon Jiajie.

Hon Jiajie, 18, yang mengikuti pengajian asas di Singapore Institute of Management (SIM), lebih memilih berjalan merentasi Tambak Johor selama kira-kira 20 minit berbanding menunggu bas pada waktu puncak.

“Apabila saya mahu pulang ke rumah, keadaan sangat sesak. Jadi, saya biasanya tidak mengambil bas dari Kastam Singapura ke Kastam Malaysia. Saya akan berjalan sahaja untuk pulang.

“Kawan-kawan saya kata mereka tidak akan buat seperti saya kerana ia kedengaran sangat memenatkan,” katanya yang mengambil keputusan terus menetap di Johor bersama keluarga berbanding berpindah ke Singapura.

Penyelesaian yang dinanti

RTS LINK-JB SINGAPORERTS Link akan mula beroperasi pada Januari 2027.

Selepas bertahun lamanya bergantung kepada bas dan kenderaan persendirian untuk merentas sempadan, pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link dilihat penyelesaian yang sudah lama dinantikan.

Usaha kerajaan persekutuan memperkukuh hubungan pengangkutan antara Malaysia dan Singapura mampu membawa perubahan besar kepada kehidupan harian pengguna rentas sempadan.

Antara yang paling tidak sabar menantikannya ialah Izham. Dia bercadang menaiki RTS Link sebaik sahaja ia beroperasi kerana yakin mampu membebaskannya daripada kesesakan jalan raya dihadapi setiap hari.

“Memang saya akan guna. Lagi jimat dan tak perlu hadap sesak macam sekarang,” katanya.

Nada sama turut dikongsi Hon, yang menyifatkan RTS Link bakal memudahkan pergerakannya ke tempat pengajian tanpa perlu lagi berjalan jauh ketika ini.

“Saya rasa ia bagus. Ia boleh memberi manfaat kepada saya kerana saya boleh ke universiti lebih cepat memandangkan saya juga mempunyai kelas pada jam 8.30 pagi,” katanya.

RTS Link yang dijadualkan beroperasi pada Januari 2027 menghubungkan Bukit Chagar dan Woodlands North dalam tempoh kira-kira lima minit, dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.

Bagi melengkapkan peranan sistem itu, kerajaan persekutuan juga mengetengahkan sistem elevated autonomous rapid transit (e-ART) sebagai penyelesaian kepada cabaran ‘last mile connectivity’, sekali gus mengurangkan kesesakan di pusat bandar Johor.

Market Opportunity
BAS Logo
BAS Price(BAS)
$0.027537
$0.027537$0.027537
+2.60%
USD
BAS (BAS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs