Dua lelaki termasuk seorang warga India dituduh menyamun seorang wanita warga emas, awal bulan ini.Dua lelaki termasuk seorang warga India dituduh menyamun seorang wanita warga emas, awal bulan ini.

Dua lelaki didakwa samun berkumpulan di OUG

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
KES RAGUTMahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap Nagorkani Basheerali manakala M Sarawana dibenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki termasuk seorang warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan melakukan samun berkumpulan terhadap seorang wanita warga emas.

Warga India, Nagorkani Basheerali, 36, dan M Sarawana, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.

Mereka dituduh menyamun A Ambigavathy, 64, dengan melarikan seutas rantai emas bernilai RM32,304 di hadapan sebuah pasar di Taman Overseas Union, kira-kira 10.30 pagi pada 5 Jun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Walaupun kesalahan itu tidak boleh diikat jamin, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Radzuan meminta mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang tinggi sekiranya mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan jaminan.

Peguam bela Gursharonjit Kaur Gurcharan Singh berkata Nagorkani bekerja di restoran dengan pendapatan RM1,300 sebulan dan menghantar sebahagian pendapatannya kepada ibunya di India, selain menyara isteri serta dua anaknya di Malaysia.

Katanya, tertuduh kedua, Sarawana, yang bekerja sebagai ejen hartanah, memperoleh pendapatan RM2,500 sebulan dan menyara ibu serta dua anaknya.

Beliau turut memaklumkan Sarawana menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Mahkamah tidak membenarkan Nagorkani diikat jamin, tetapi membenarkan Sarawana diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua tertuduh juga diperintah menyerahkan pasport masing-masing sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 Julai untuk sebutan semula kes.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel