Teresa Kok (PH-Seputeh) mahu tahu sama ada kerajaan mempunyai rancangan menamatkan penswastaan industri padi dan beras.Teresa Kok (PH-Seputeh) mahu tahu sama ada kerajaan mempunyai rancangan menamatkan penswastaan industri padi dan beras.

Teresa gesa kerajaan jelas hala tuju penswastaan padi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
berasTeresa Kok dalam perbahasan di Dewan Rakyat turut bangkitkan isu dakwaan amalan mencampurkan beras tempatan dengan beras import.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen menggesa kerajaan menjelaskan sama ada wujud rancangan atau hala tuju untuk menamatkan penswastaan industri padi dan beras yang kini dikendalikan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Teresa Kok (PH-Seputeh) mempersoalkan rasional kerajaan menswastakan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada 1994, sambil menyifatkannya sebagai antara agensi kerajaan yang diserahkan sepenuhnya kepada syarikat swasta.

“Saya tidak faham apakah rasional kerajaan menswastakan LPN pada 1994. Nampaknya ini satu-satunya lembaga atau agensi kerajaan yang diswastakan kepada syarikat swasta.

“Apakah kementerian mempunyai rancangan ataupun ‘road map’ untuk menyahkan penswastaan padi di bawah Bernas?” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat.

Dalam perbahasannya, Kok turut menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan pindaan yang meningkatkan hukuman dan denda di bawah akta berkenaan.

Beliau berkata, walaupun kerajaan menyatakan kenaikan itu bertujuan menunjukkan keseriusan terhadap kesalahan berkaitan padi dan beras, kadar denda yang terlalu tinggi boleh membuka ruang kepada kompromi serta amalan rasuah dalam penguatkuasaan.

Menurut RUU itu, denda maksimum terhadap individu dicadangkan dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM250,000 bagi kesalahan pertama, dan RM500,000 bagi kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat pula, denda boleh dikenakan sehingga RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua.

Teresa turut membangkitkan isu dakwaan amalan mencampurkan beras tempatan dengan beras import, yang sebelum ini pernah dibincangkan dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau meminta kementerian menjelaskan sama ada amalan itu dibenarkan, termasuk mekanisme serta nisbah campuran yang ditetapkan sekiranya ia memang dipraktikkan.

Selain itu, Teresa menggesa kerajaan memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri padi dan beras bagi menghasilkan varieti tempatan yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Katanya, pembangunan varieti baharu perlu diberi perhatian, termasuk memanfaatkan kepakaran luar yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran negara.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memperkukuh keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras import.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0,1695
$0,1695$0,1695
+1,67%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs