Penduduk mahu bas, lampu jalan, tebatan banjir dan pembangunan yang mengekalkan suasana perkampungan yang harmoni.Penduduk mahu bas, lampu jalan, tebatan banjir dan pembangunan yang mengekalkan suasana perkampungan yang harmoni.

Penduduk Kukup mahu limpahan ekonomi, bukan pembangunan keterlaluan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Pelancongan KukupTerminal Feri Antarabangsa Kukup kini mampu mengendalikan empat perjalanan sehari ke Tanjung Balai Karimun dan Selat Panjang, dengan kira-kira 350 hingga 500 penumpang keluar masuk setiap hari.

PONTIAN: Ketika Johor Bahru rancak dengan pelaburan, Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), penduduk Kukup berharap limpahan ekonomi turut sampai ke pekan pesisir itu tanpa menghilangkan identiti kampungnya.

Mohd Azmir MansorMohd Azmir Mansor.

Mohd Azmir Mansor berkata Kukup mempunyai kekuatan pelancongan tersendiri, termasuk Taman Negara Pulau Kukup, Taman Negara Tanjung Piai dan kedudukannya sebagai ‘hujung benua Asia’.

“Benda itu menjadi simbolik utama di Kukup,” katanya kepada FMT sambil mengimbau perkembangan antaranya pembesaran Terminal Feri Antarabangsa Kukup.

Menurutnya, terminal itu kini mengendalikan empat perjalanan sehari ke Tanjung Balai Karimun dan Selat Panjang, dengan kira-kira 350 hingga 500 penumpang keluar masuk setiap hari.

Katanya, Jambatan Sungai Pulai antara projek yang paling dirasai limpahannya kerana menjimatkan masa perjalanan ke Kukup dan membantu pergerakan penumpang ke terminal feri serta chalet.

Namun, Azmir berkata Kukup tidak perlu meniru pembangunan bandar secara berlebihan.

“Dapat limpahan sekitar 30-40% pun memadai.

“Kita tak nak pembangunan lebih-lebih sampai ‘keaslian’ Kukup hilang dan tidak terjaga,” katanya.

Ng Ee MeiNg Ee Mei.

Peniaga tempatan Ng Ee Mei pula berkata tarikan Kukup terletak pada suasana kampung yang santai.

“Suasana kampung lebih santai dan digemari orang bandar,” katanya.

Ng berkata pelancongan yang semakin berkembang turut membantu perniagaan kecil, terutama kedai berhampiran jalan utama dan terminal feri.

“Pelancongan sekarang semakin maju, jadi perniagaan pun ok sikit,” katanya.

Beliau berharap pembangunan pelancongan dipercepatkan bagi menarik lebih ramai pelawat, termasuk untuk lawatan sehari atau menginap di chalet.

Noor Amali Noor Amali.

Sementara itu, Noor Amali berkata Kukup masih perlu penambahbaikan asas terutama tebatan banjir, perkhidmatan bas dan lampu jalan.

“Kalau bas ada, pelancong pun banyaklah datang lagi… maju sikit,” katanya.

Beliau juga mahu lampu di kawasan gelap dibaiki kerana laluan malam masih kurang selamat.

PRN Johor Sabtu ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu di DUN Kukup antara calon Barisan Nasional (BN) Israk Abdullah dan calon Pakatan Harapan (PH) Cheah Chee Hong.

Bagi penduduk, harapannya sama: siapa pun menang, mereka mahu wakil rakyat melihat sendiri kekurangan kampung dan bekerja untuk Kukup.

“Calon yang mana dipilih, harapannya bekerja untuk rakyat,” kata Azmir.

Market Opportunity
BAS Logo
BAS Price(BAS)
$0.026527
$0.026527$0.026527
+1.20%
USD
BAS (BAS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.