Kenyataan presiden AS dibuat selepas Washington lancarkan gelombang baharu serangan terhadap Iran.Kenyataan presiden AS dibuat selepas Washington lancarkan gelombang baharu serangan terhadap Iran.

Harga minyak melonjak selepas Trump kata gencatan senjata Iran ‘berakhir’

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
oil, brentPertikaian terbaharu Amerika Syarikat dan Iran itu meningkatkan kebimbangan perkembangan tersebut boleh mengancam aliran minyak mentah dan bahan api dari Teluk. (Gambar Reuters)

ISTANBUL: Harga minyak melonjak hampir 6% selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata gencatan senjata AS dengan Iran telah ‘berakhir’, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap konflik baharu dan gangguan bekalan di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent meningkat 5.95% kepada USD78.50 setong setakat 0837 GMT, manakala penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI), turut naik 5.95% kepada USD74.60 setong.

“Bagi saya, saya fikir ia sudah berakhir. Setakat yang saya bimbang, ia hanya membuang masa,” kata Trump di Ankara, ketika bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Mark Rutte pada sidang kemuncak tahunan pakatan itu.

Kenyataan beliau dibuat selepas AS melancarkan gelombang baharu serangan terhadap Iran dan membatalkan pengecualian yang sebelum ini membenarkan penjualan minyak Iran di pasaran global.

Langkah itu menyusuli serangan baru-baru ini ke atas kapal komersial yang melalui Selat Hormuz, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa permusuhan baharu boleh mengancam aliran minyak mentah dan bahan api dari Teluk.

Trump berkata beliau tidak mahu lagi berurusan dengan Tehran.

“Saya tidak mahu berurusan dengan mereka,” katanya, sambil menambah bahawa Iran ‘boleh bercakap’ tetapi ‘membuang masa mereka’ ketika ditanya sama ada rundingan akan disambung semula.

TAG: harga minyak, Donald Trump, gencatan senjata berakhir, serangan, Selat Hormuz

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00001499
$0.00001499$0.00001499
-41.19%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs