Semua dasar dan keputusan kerajaan dibuat secara kolektif, kata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.Semua dasar dan keputusan kerajaan dibuat secara kolektif, kata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

‘Salah DAP’ naratif lapuk, kata Loke

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
ANTHONY LOKE SIEW FOOKLoke Siew Fook bidas dakwaan PH ikut telunjuk DAP dalam urusan pentadbiran kerajaan.

SEREMBAN: Semua dasar dan keputusan kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri Sembilan dibuat secara kolektif menerusi perbincangan dan konsensus semua parti komponen, bukannya mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata dakwaan bahawa kerajaan dipengaruhi atau mengikut ‘telunjuk’ DAP adalah naratif lapuk yang terus dimainkan untuk memburukkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata dalam kerajaan Persekutuan, semua parti termasuk DAP, Umno dan PKR mengemukakan pandangan masing-masing sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Tidak ada lagi alasan lain selain nak salahkan DAP? Apa sahaja dalam gabungan kerjasama politik ini, ada ruang untuk berbincang. Sebagai rakan komponen dan anggota pentadbiran, sudah tentu kita bagi pandangan, takkanlah hanya duduk membisu sahaja.

“Umno juga bagi pandangan, PKR juga bagi pandangan tetapi akhirnya, perdana menteri membuat pertimbangan, bukannya ikut telunjuk mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas dakwaan kononnya PH mengikut telunjuk DAP dalam membuat segala urusan pentadbiran.

Menteri pengangkutan itu berkata amalan sama dilaksanakan di Negeri Sembilan apabila Menteri Besar Aminuddin Harun mendapatkan pandangan semua parti komponen sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Menurut Loke, dakwaan mengatakan orang Melayu terancam di Negeri Sembilan juga tidak berasas memandangkan negeri itu diterajui menteri besar berbangsa Melayu manakala dasar serta program kerajaan terus menjaga kebajikan semua rakyat.

“Selalu kata Melayu terancam, ini taktik lama. Apa yang terancam? Di Negeri Sembilan semuanya baik-baik sahaja.

“Menteri besar tetap orang Melayu dan program serta dasar kerajaan menjaga kepentingan rakyat, termasuk orang Melayu terus dilaksanakan sejak PH mentadbir negeri ini pada 2018,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002636
$0.00002636$0.00002636
-1.05%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs