Ketua Sayap Bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan berkata sokongan kepada Muda hanya wajar diberikan di kerusi yang tidak ditandingi PN.Ketua Sayap Bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan berkata sokongan kepada Muda hanya wajar diberikan di kerusi yang tidak ditandingi PN.

Undi PN di kerusi bertembung Muda, kata pemimpin Bersatu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
SRI_SANJEEVAN_RAMAKRISHNANR Sri Sanjeevan (kanan) bersama Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin (tengah) pada program Sembang Santai Bersama Masyarakat Cina di Gersik, malam tadi.

PAGOH: Walaupun mempunyai persefahaman dengan Muda, pengundi tetap diminta mengutamakan calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi menyaksikan pertembungan antara dua parti pembangkang itu, kata seorang pemimpin Bersatu.

Ketua Sayap Bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan berkata sokongan kepada Muda hanya wajar diberikan di kerusi yang tidak ditandingi PN, sebagai pilihan pembangkang selain Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan undi pembangkang tidak berpecah di kerusi yang turut ditandingi PN.

“Kami juga mempunyai persefahaman dengan Muda. Saya menyeru pengundi di Johor supaya mengundi calon Muda kerana mereka boleh dianggap sebagai wakil pembangkang.

“Pengundi tidak semestinya memilih PH atau BN kerana mereka mempunyai pilihan ketiga, iaitu Muda.

“Namun, jika di sesuatu kerusi berlaku pertandingan antara PN dan Muda, maka pilihlah calon PN,” katanya ketika ditemui FMT selepas menghadiri program Sembang Santai Bersama Masyarakat Cina di Gersik sempena kempen PRN Johor malam tadi.

Muda bertanding di empat kerusi pada PRN Johor kali ini, iaitu Simpang Jeram, Maharani, Puteri Wangsa dan Bukit Batu.

Daripada jumlah itu, dua kerusi menyaksikan pertembungan dengan PN, iaitu Maharani dan Simpang Jeram, diwakili calon PAS.
yang masing-masing turut ditandingi PAS.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00001499
$0.00001499$0.00001499
-41.19%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs