Adun Kedah Dzowahir Ab Ghani dan Senator Azahar Hassan, yang kedua-duanya ahli Bersatu sebelum ini, turut menyertai parti pimpinan Hamzah Zainudin.Adun Kedah Dzowahir Ab Ghani dan Senator Azahar Hassan, yang kedua-duanya ahli Bersatu sebelum ini, turut menyertai parti pimpinan Hamzah Zainudin.

Bekas pengarah KDNKA Bukit Aman sertai kepimpinan Wawasan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Hazani Ghazali Hamzah Zainudin (right) and chairman Rais YatimHazani Ghazali menerima surat pelantikannya daripada Presiden Wawasan Hamzah Zainudin (kanan), sambil diperhatikan Pengerusi Wawasan Rais Yatim. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Hazani Ghazali menyertai Parti Wawasan Negara yang dipimpin Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Wawasan turut mengumumkan Hazani, yang juga bekas ketua pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), dilantik menganggotai kepimpinan pusat parti itu.

“Tahniah dan selamat maju jaya kepada Hazani atas pelantikan sebagai ahli jawatankuasa pusat Wawasan,” kata parti itu menerusi hantaran di Facebook.

Hazani berkhidmat selama 38 tahun dalam pasukan polis dan pernah memegang beberapa jawatan penting, termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah serta Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Wawasan turut mengumumkan Exco Kedah Dzowahir Ab Ghani dan Senator Azahar Hassan dari Perlis turut menyertai parti itu.

Dzowahir, yang juga Adun Suka Menanti, dipecat daripada Bersatu dua bulan lalu, manakala Azahar meninggalkan parti itu tiga hari lalu.

Kemasukan Azahar menjadikan beliau wakil pertama Wawasan di Dewan Negara. Beliau sebelum ini merupakan setiausaha Bersatu Perlis dan ketua Bersatu Kangar.

Hamzah mengambil alih Parti Cinta Malaysia sebelum menjenamakannya semula sebagai Wawasan selepas beliau dipecat daripada Bersatu pada Februari ketika kemuncak perebutan kepimpinan yang sengit dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.04247
$0.04247$0.04247
-1.82%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs