Pengerusi PH berkata beliau lebih rela berkawan dengan DAP berbanding MCA kerana parti itu 'lebih selamat, lebih baik dan lebih berintegriti'.Pengerusi PH berkata beliau lebih rela berkawan dengan DAP berbanding MCA kerana parti itu 'lebih selamat, lebih baik dan lebih berintegriti'.

Anwar lontar sindiran terhadap MCA dalam kempen di Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Anwar IbrahimPresiden PKR Anwar Ibrahim berucap kepada kira-kira 1,000 pengundi dalam ceramah Pakatan Harapan di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim membuat sindiran halus terhadap MCA dalam ceramah malam tadi, dengan berkata beliau lebih rela berkawan dengan DAP berbanding komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Bercakap kepada kira-kira 1,000 pengundi di Taman Pelangi Indah di sini, Anwar mendakwa DAP mempunyai tahap integriti yang lebih tinggi berbanding MCA.

“Orang kata saya berkawan dengan DAP. Bagi saya, DAP lebih selamat, lebih baik dan lebih berintegriti berbanding parti Cina mereka (BN),” katanya dalam ucapan yang disambut tepukan orang ramai.

Walaupun Anwar tidak menyebut nama parti berkenaan, kenyataannya difahami secara meluas merujuk kepada MCA, yang merupakan pesaing politik lama DAP.

Perdana Menteri itu turut mempersoalkan rekod MCA dalam isu yang melibatkan masyarakat Cina, termasuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), sambil mempertahankan sokongan kerajaan terhadap pendidikan dan perniagaan masyarakat Cina.

“Berapa tahun MCA melaungkan mengenai UEC? Siapa yang menyelesaikannya? Kami dalam kerajaan perpaduan yang melakukannya, bukan MCA.”

Anwar dipercayai merujuk kepada laluan kemasukan baharu bagi graduan UEC ke institusi pengajian tinggi awam, yang sebelum ini dijelaskan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bahawa ia tidak bermaksud mengiktiraf sukatan pelajaran UEC.

Beliau turut mempertahankan sokongan kerajaan terhadap perniagaan masyarakat Cina, dengan berkata matlamat PH adalah membantu dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia daripada semua kaum.

“Buat pertama kali dalam sejarah, (kerajaan persekutuan diterajui PH) menyatakan secara terus: jangan hentikan pembangunan perniagaan Cina.

“Bagaimanapun, majoriti mereka yang bekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini ialah orang Melayu,” katanya sambil menambah kerajaan terus menjaga kepentingan masyarakat Melayu dan India melalui pelbagai skim serta program.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.03849
$0.03849$0.03849
-11.02%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs