Veteran politik itu berkecimpung hampir 70 tahun dalam politik serta pernah menjadi musuh dan sekutu kepada hampir setiap parti.Veteran politik itu berkecimpung hampir 70 tahun dalam politik serta pernah menjadi musuh dan sekutu kepada hampir setiap parti.

PM paling lama berkhidmat Dr M kini 101

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Tun Dr Mahathir MohamadBekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar.

PETALING JAYA: Perdana menteri paling lama berkhidmat, Dr Mahathir Mohamad, menyambut ulang tahun kelahiran ke-101 hari ini.

Sebagai anak bongsu daripada sembilan adik-beradik itu, Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar. Beliau mendirikan rumah tangga dengan isteri, Dr Hasmah Ali, yang bakal berusia 100 tahun dalam masa dua hari lagi, sejak 1956.

Awal tahun ini, Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara selepas mengalami patah tulang pinggul akibat terjatuh di rumah. Beliau memilih menjalani rawatan fisioterapi , berbanding pembedahan berikutan faktor usianya.

Mahathir masih membuat kemunculan di khalayak ramai walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda sejak mengalami patah tulang pinggul. Terbaru, beliau dilihat meluangkan masa bertemu orang ramai di Langkawi, Ahad lalu.

Veteran politik ini berkecimpung hampir 70 tahun merentasi landskap politik Malaysia, serta pernah menjadi musuh dan sekutu kepada hampir setiap parti, daripada Umno hingga ke DAP, PKR, dan PAS.

Sebahagian besar kerjaya politiknya bersama Umno, di mana beliau pernah dipecat sebelum kembali semula dan bangkit sebagai presiden parti itu.

Mahathir memimpin negara sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003, kemudian berkhidmat untuk satu lagi penggal yang singkat selepas menumbangkan Barisan Nasional (BN), pada PRU 2018.

Tempoh jawatan keduanya sebagai perdana menteri berakhir pada Februari 2020 susulan Langkah Sheraton, menyaksikan kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri keempat, Mahathir memperkenalkan beberapa inisiatif seperti Dasar Pandang ke Timur, yang mempromosikan hubungan pendidikan dan perniagaan dengan negara seperti Jepun dan Korea Selatan, serta pengeluaran Proton Saga, kereta pertama buatan Malaysia.

Beliau juga memulakan beberapa projek ikonik termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara KL, KLIA, dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara.

Mahathir melancarkan pelbagai usaha mewujudkan perpaduan politik Melayu, walaupun usaha tersebut akhirnya menemui jalan buntu.

Mei lalu, Mahathir berkata dirinya telah gagal menyatukan orang Melayu. Beliau sebelum ini pernah memimpin Umno, Bersatu, dan Pejuang.

Market Opportunity
MemeCore Logo
MemeCore Price(M)
$1.28712
$1.28712$1.28712
+2.44%
USD
MemeCore (M) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.