Walaupun kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional telah menamatkan kerjasama, mereka masih bertanding di bawah logo sama pada PRN Johor.Walaupun kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional telah menamatkan kerjasama, mereka masih bertanding di bawah logo sama pada PRN Johor.

PAS runding dengan BN untuk PRN N Sembilan, dakwa pemimpin Bersatu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
samsuri mokhtar hadi awangPerikatan Nasional kini dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga bekas pembantu kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS dilaporkan sedang mengadakan rundingan dengan Umno bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan, berbanding merangka strategi bersama rakan dalam Perikatan Nasional (PN), kata seorang pemimpin Bersatu.

Ia sekali gus menguatkan lagi tanggapan mengenai keretakan hubungan antara kedua-dua parti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu mendakwa PAS, yang kini memegang jawatan pengerusi PN, merancang memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi penting sebagai langkah awal ke arah kerjasama selepas pilihan raya.

Beliau membandingkan situasi itu dengan PRN Johor, apabila PAS hanya bertanding di 11 kerusi atas tiket PN, manakala penyokongnya diarahkan memberi sokongan kepada BN di kawasan yang tidak ditandingi PN.

Pemimpin Bersatu itu turut mendakwa PAS melengah-lengahkan persiapan PN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 1 Ogos, sedangkan hari penamaan calon hanya tinggal beberapa hari lagi, iaitu pada 18 Julai.

“Hingga hari ini, pengerusi PN (Ahmad Samsuri Mokhtar) masih belum memanggil mesyuarat (bagi membincangkan pilihan raya negeri). Kita juga masih belum mempunyai ketua PN Negeri Sembilan,” katanya kepada FMT.

“Tiada sebarang persiapan dibuat. Pembahagian kerusi pun masih belum dibincangkan,” tambahnya.

Beliau mendakwa PAS seolah-olah mengambil alih jawatan pengerusi PN hanya untuk memeterai persefahaman dengan Umno-BN, bukannya memperkukuhkan gabungan pembangkang itu.

FMT telah menghubungi PAS bagi mendapatkan maklum balas.

Sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dalam PRN Negeri Sembilan.

PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada Jun lalu selepas beberapa bulan hubungan kedua-dua parti dilaporkan semakin tegang. Bagaimanapun, kedua-dua parti masih bertanding di bawah logo PN pada PRN Johor, namun menjalankan kempen secara berasingan.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mendakwa PAS dan Umno mempunyai persefahaman secara tidak rasmi untuk bekerjasama selepas pilihan raya, namun dakwaan itu dinafikan oleh pemimpin kedua-dua parti.

Bagaimanapun, dua hari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menyokong BN membentuk kerajaan Johor sekiranya gabungan berkenaan gagal memperoleh majoriti mudah.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.04773
$0.04773$0.04773
-6.24%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs