Mukhriz Mahathir berkata, Pejuang harap hubungan dua parti itu kembali kukuh.Mukhriz Mahathir berkata, Pejuang harap hubungan dua parti itu kembali kukuh.

Pejuang tak berhasrat jadi orang tengah PAS-Bersatu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
pas bersatu logoPada 8 Jun lalu, PAS putuskan kerjasama dengan Bersatu, namun kedua-duanya kekal dalam PN.

TANGKAK: Pejuang tidak berhasrat menjadi orang tengah bagi menyatukan semula hubungan antara PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN), kata presidennya, Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, beliau berharap hubungan antara kedua-dua parti itu dapat dirapatkan semula demi mengukuhkan PN, terutama dalam menghadapi persaingan politik akan datang.

Mukhriz berkata, sejak Pejuang menyertai PN sebagai parti komponen, pihaknya tidak berdepan sebarang masalah dengan mana-mana parti dalam gabungan itu walaupun PAS dan Bersatu menghentikan kerjasama politik.

“Baru-baru ini Muhyiddin Yassin sendiri turun ke Gambir, dan saya juga bersama PAS di Simpang Jeram. Itu bukti kami tidak ada masalah dengan kedua-dua pihak.

“Jadi, apakah peranan kami untuk menjadi orang tengah? Saya kira mungkin tidak. Tetapi kita harap hubungan mereka dapat dirapatkan,” katanya kepada FMT ketika ditemui semasa membantu kempen PN di Gambir.

Mukhriz berkata, perkara paling penting ketika ini adalah semua parti komponen PN di Johor terus bergerak di bawah satu panji gabungan itu.

“Yang penting, di Johor kita bertanding bawah satu panji PN,” katanya.

Pada 8 Jun lalu, PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu, namun kedua-duanya kekal dalam PN.

Keputusan itu susulan dakwaan Presiden PAS Hadi Awang berhubung tindak-tanduk Bersatu yang tidak mengamalkan semangat setia kawan.

Hadi merujuk situasi politik di Perlis yang mengakibatkan peralihan jawatan menteri besar dari PAS ke Bersatu, selain bantahan Bersatu terhadap usaha membawa masuk parti tertentu ke dalam PN.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.04773
$0.04773$0.04773
-6.24%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs