Pesuruhjaya PAS Johor Mahfodz Mohamed berkata kesediaan parti itu membantu BN jika berlaku DUN tergantung untuk kestabilan negeri.Pesuruhjaya PAS Johor Mahfodz Mohamed berkata kesediaan parti itu membantu BN jika berlaku DUN tergantung untuk kestabilan negeri.

Jangan angkuh tolak keikhlasan PAS, Umno Johor diberitahu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Mahfodz MohamedMahfodz Mohamed berkata PAS tidak mengejar jawatan atau balasan politik dalam menawarkan kerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan jika DUN tergantung. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemimpin Umno tidak seharusnya bersikap angkuh dalam memberikan reaksi terhadap keikhlasan PAS yang bersedia membantu memastikan kerajaan negeri dapat dibentuk selepas PRN, kata Pesuruhjaya PAS Johor Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata pendirian Presiden PAS Hadi Awang berhubung perkara itu tidak harus disalahertikan sebagai usaha parti berkenaan mendapatkan jawatan atau balasan politik.

Jelasnya, PAS dan Perikatan Nasional (PN) bersedia mengambil sikap matang demi kestabilan negeri dan kesinambungan kepimpinan Melayu-Islam di Johor jika BN tidak memperoleh majoriti mencukupi membentuk kerajaan

“Kesediaan PAS untuk bekerjasama jangan disalahertikan sebagai kelemahan.

“PAS tidak meminta-minta untuk berada dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata PAS bersedia menyokong BN dengan menyumbang kerusi dimenangi parti itu sekiranya gabungan berkenaan tidak memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas PRN Johor, Sabtu ini.

Hadi juga dilaporkan berkata PAS tidak akan menuntut jawatan exco dan tidak membantah sekiranya Umno menerajui kerajaan negeri dengan jawatan menteri besar.

Bagaimanapun, Ketua Umno Johor Onn Hafiz Ghazi dilaporkan Sinchew yang beliau menolak kemungkinan PAS berada dalam kerajaan negeri sekiranya dilantik semula sebagai menteri besar.

Onn Hafiz turut menafikan dakwaan BN memperuntukkan jawatan Adun lantikan kepada PAS sebagai pertukaran kepada keputusan parti itu bertanding di jumlah kerusi terhad pada PRN Johor.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata arahan kepada penyokong PAS supaya menyokong calon BN di DUN yang tidak ditandingi PAS atau Perikatan Nasional (PN) dibuat atas pertimbangan lebih besar.

Katanya, pertimbangan itu ialah memastikan kepimpinan Melayu-Islam terus menerajui Johor secara adil dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.05062
$0.05062$0.05062
+10.01%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs