Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun berkata senarai calon itu akan diumumkan Anwar Ibrahim dalam satu acara di Kuala Pilah.Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun berkata senarai calon itu akan diumumkan Anwar Ibrahim dalam satu acara di Kuala Pilah.

PH umum calon PRN N Sembilan Selasa ini

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Aminuddin HarunPengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata gabungan itu akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam PRN pada Selasa ini.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam PRN Negeri Sembilan pada Selasa ini, kata pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata senarai calon itu akan diumumkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim dalam satu acara di Kuala Pilah, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, Aminuddin yang juga menteri besar enggan mengulas mengenai kerusi DUN yang bakal ditandinginya dalam pilihan raya pada 1 Ogos ini.

“Saya tiada apa-apa komen lagi. Saya pun tidak tahu, tunggu 14 Julai nanti,” katanya dalam satu program di Seremban.

PH akan bertanding di semua 36 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN itu, dengan PKR meletakkan calon di 16 kerusi, DAP di 11 kerusi dan Amanah di sembilan kerusi.

Sekutu PH di peringkat persekutuan, Barisan Nasional (BN), turut akan bertanding di semua 36 kerusi.

Hari pengundian PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 1 Ogos, manakala hari penamaan calon ialah pada 18 Julai dan pengundian awal akan berlangsung pada 28 Julai.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs