Naib Presiden Amanah itu berkata kesediaan PAS bantu BN bentuk kerajaan menunjukkan Johor berisiko dijadikan medan percaturan politik selepas PRN.Naib Presiden Amanah itu berkata kesediaan PAS bantu BN bentuk kerajaan menunjukkan Johor berisiko dijadikan medan percaturan politik selepas PRN.

Johor bukan ‘khemah pasar malam’ untuk PAS-BN, kata Mahfuz

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
mahfuz omarMahfuz Omar Johor tidak memerlukan kerajaan sentiasa dibayangi kemungkinan pertukaran rakan politik atau percaturan kuasa selepas pilihan raya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar memberi amaran Johor tidak wajar dijadikan medan eksperimen politik selepas PAS menyatakan kesediaan menyokong Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri jika gabungan itu gagal memperoleh majoriti mudah pada PRN Sabtu ini.

Mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam, Mahfuz berkata tawaran itu membuktikan PAS kini secara terbuka bersedia menjadi penyokong kepada kerajaan BN.

Mahfuz bagaimanapun mempersoalkan jaminan kerjasama politik seperti itu mampu bertahan, mengambil kira perubahan pendirian PAS dalam beberapa gabungan sebelum ini.

“Rakyat Malaysia mempunyai pengalaman panjang menyaksikan perubahan pendirian politik PAS.

“Kerajaan bukan khemah pasar malam. Hari ini pasang dengan seseorang, esok buka dan pasang dengan orang lain,” katanya dalam kenyataan.

Mahfuz berkata PAS sebelum ini pernah bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum hubungan itu terputus.

Katanya, PAS kemudian menjalin kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional, sebelum menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu selepas Langkah Sheraton.

“Kalau hari ini PAS boleh meninggalkan Bersatu dan menghulurkan tangan kepada Umno, apakah jaminan beberapa tahun lagi PAS tidak akan mengubah pendirian sekali lagi?” katanya.

Mahfuz berkata Johor tidak memerlukan kerajaan yang sentiasa dibayangi kemungkinan pertukaran rakan politik atau percaturan kuasa selepas pilihan raya.

Beliau berkata kestabilan penting kerana pelabur memerlukan keyakinan, peniaga memerlukan kepastian, anak muda memerlukan peluang pekerjaan, manakala rakyat memerlukan kerajaan yang mampu mentadbir selama lima tahun.

“Rakyat memerlukan kerajaan yang boleh mentadbir selama lima tahun, bukannya kerajaan yang sentiasa sibuk menyusun semula pakatan politik,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00001674
$0.00001674$0.00001674
-34.32%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs