Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu juga tidak akan menuntut sebarang jawatan exco.Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu juga tidak akan menuntut sebarang jawatan exco.

PAS sedia bantu BN bentuk kerajaan Johor, sokong jadi MB

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
abdul hadi awangPresiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu sedia menyumbang kerusi dimenangi sekiranya Barisan Nasional tidak memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas PRN Johor.

BAKRI: PAS bersedia menyokong Barisan Nasional (BN) dengan menyumbang kerusi dimenangi sekiranya gabungan itu tidak memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas PRN Johor, Sabtu ini.

Malah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkata BN boleh menjadi menteri besar dan partinya tidak akan menuntut sebarang jawatan exco

“Kalau Umno menang, Umno jadi menteri besar. Suka hati Umno nak lantik exco orang dia atau siapa. Kalau sekiranya ada kelemahan (Umno tak cukup kerusi), PAS boleh tampung kelemahan itu bergantung kepada kerusi yang kita menang, mungkin (boleh bentuk) kerajaan dengan ‘simple’ majoriti.

“Kalau nak majoriti dua pertiga, kalau PAS cukup kerusi, cukup jumlah PAS boleh tampung. Atau tak cukup majoriti campur PAS, PAS boleh tampung.

“Yang penting kuasa politik Melayu Islam dan bukan Islam tak ekstrem. Kalau dia (Umno) sudah cukup jumlah, tak jadi masalah,” katanya kepada media selepas menghadiri ceramah grand finale sempena PRN Johor di Simpang Jeram, malam tadi.

Berhubung kenyataan Pengerusi BN Zahid Hamidi bahawa sokongan PAS kepada calonnya bukan jaminan kerjasama, Hadi berkata ia terpulang kepada presiden Umno itu kerana apa yang penting ialah keikhlasan.

“Yang penting dari hati ke hati. Kalau ada jaminan buat tandatangan pun, bersumpah kalau tak ada hati ke hati, tak ada makna,” katanya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata PAS mengakui tidak cukup kuat di Johor dan sanggup menyokong Umno untuk mempertahankan kuasa politik Melayu-Islam biarpun kedua-duanya pernah bertelagah sebelum ini.

Katanya, ia juga sedia bekerjasama dengan MCA dan MIC yang disifatkan sebagai tidak ekstrem.

“Walaupun dahulu PAS dan Umno pernah bertelagah dengan teruk, demi mempertahankan kuasa politik Melayu Islam, kita lupakan semua itu.

“Jangan takut jika orang Melayu menguasai Johor dan Malaysia. Orang Melayu ialah kaum yang paling tidak fanatik dan paling tidak ekstrem di dunia. Inilah pentingnya kita bekerjasama,” katanya.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.03886
$0.03886$0.03886
-10.17%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs