Mahkamah Tinggi Kangar berkata ia tidak ada bidang kuasa campur urusan DUN.Mahkamah Tinggi Kangar berkata ia tidak ada bidang kuasa campur urusan DUN.

Saman 3 bekas Adun PAS terhadap speaker Perlis dibatal

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
mahkamah kangarMahkamah Tinggi Kangar benar permohonan Speaker Rus’sele Eizan bagi batal saman pemula bekas Adun Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji); Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), dan Saad Seman (Chuping). (Gambar fail)

PETALING JAYA: Saman pemula difailkan tiga bekas Adun PAS bagi mencabar keputusan speaker DUN Perlis mengisytiharkan kekosongan luar jangka kerusi mereka dibatal Mahkamah Tinggi Kangar.

Hakim Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Speaker Rus’sele Eizan untuk membatalkan saman itu, tanpa sebarang perintah kos, lapor Sinar Harian.

Dalam penghakimannya, Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan memberikan keistimewaan kepada speaker DUN, sekali gus menjadikan kesahihan keputusannya tidak boleh dipersoalkan mana-mana mahkamah.

Mahkamah turut memutuskan keputusan speaker menggunakan budi bicara di bawah Perkara 50A Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis adalah sah.

Selain itu, mahkamah berpandangan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencampuri urusan DUN selaras prinsip pengasingan kuasa, selagi kuasa tersebut dilaksanakan dalam ruang lingkup undang-undang dan Perlembagaan.

Saman itu difailkan tiga bekas Adun pada 2 Jan lalu oleh Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), dan Saad Seman (Chuping).

Ia susulan pengumuman kekosongan kerusi luar jangka oleh Rus’sele pada 25 Dis 2025 di tiga kawasan DUN berkenaan selepas
keahlian tiga wakil rakyat PAS itu terhenti serta-merta selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

Keputusan itu dibuat ekoran kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 24 Dis 2025 memaklumkan, keahlian tiga Adun tersebut terhenti berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Speaker DUN Perlis diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud, Dr Yusfarizal Yussoff dan Mohd Faizi Che Abu, manakala tiga bekas ADUN berkenaan diwakili Mohd Jamil Yaacob.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1671
$0.1671$0.1671
+0.96%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs