Timbalan menteri kerja raya itu berkata projek itu guna proses bidaan bersaing dengan kos binaan ditanggung sepenuhnya pembida berjaya.Timbalan menteri kerja raya itu berkata projek itu guna proses bidaan bersaing dengan kos binaan ditanggung sepenuhnya pembida berjaya.

LPT3 dicadang secara PPP kerana kekangan kewangan, kata Ahmad Maslan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Lebuhraya Pantai TimurTimbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan, berkata pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) akan dilaksanakan secara penswastaan dengan kaedah kerjasama awam swasta. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) secara kerjasama awam swasta (PPP) dibuat berikutan kekangan kewangan kerajaan persekutuan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan.

Selain itu, katanya, LPT3 dilihat sebagai laluan alternatif memandangkan pengguna Pantai Timur bakal mempunyai pilihan lain apabila Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) siap kelak.

“Pada ketika ini, laluan tersebut (Lebuh Raya Pantai Timur) hanya penuh ketika waktu puncak Hari Raya dan cuti.

“Tidak lama lagi ECRL akan siap, ia bakal menjadi antara alternatif kepada rakyat Pantai Timur untuk pergi ke Lembah Klang dan apabila nanti KBKK dan LTU siap, ia juga satu lagi alternatif. Jadi ini (LPT3) alternatif ketiga,” katanya pada Sesi Soal Jawab di Dewan Rakyat,.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) mengenai kriteria pelaksanaan LPT3 secara PPP serta garis masa projek itu.

Ahmad berkata projek berkenaan dicadangkan dilaksanakan secara PPP menggunakan proses Bidaan Bersaing (Request for Proposal) dengan kos pembangunan ditanggung sepenuhnya oleh pembida yang berjaya.

Bagaimanapun, katanya, kadar tol bagi LPT3 masih belum dimuktamadkan dan akan ditentukan berdasarkan beberapa faktor termasuk kos pembinaan, pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan, unjuran trafik serta tempoh konsesi.

Beliau berkata LPT3 melibatkan jajaran sepanjang 122km dan dua lorong dua hala, dengan anggaran kos pembangunan berdasarkan kajian 2022 sebanyak RM9.8 bilion.

Lebuh raya itu akan mempunyai lima persimpangan bertingkat dan jajaran bermula di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu hingga Tunjung, Kota Bharu.

Bagaimanapun, Ahmad berkata tempoh konsesi, sistem dan gantri tol masih belum dimuktamadkan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002454
$0.00002454$0.00002454
-3.72%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs