Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi bagaimanapun tidak menyatakan jika kajian persempadanan semula itu dapat diselesaikan sebelum DUN Sarawak dibubarkanMenteri Undang-undang dan Reformasi Institusi bagaimanapun tidak menyatakan jika kajian persempadanan semula itu dapat diselesaikan sebelum DUN Sarawak dibubarkan

SPR dalam proses akhir sedia syor persempadanan semula Sarawak, kata Azalina

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
azalinaMenteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata SPR diberikan tempoh dua tahun dari tarikh notis rasmi disiarkan untuk menyiapkan kajian persempadanan semula, selaras Perlembagaan Persekutuan. (Gambar Azalina Othman)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses akhir menyediakan syor persempadanan semula bagi Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.

Menurutnya, SPR mengambil kira rang undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan dikuatkuasakan pada 8 Ogos 2025.

“Berdasarkan input yang diterima daripada SPR, tempoh lapan tahun (bagi persempadanan semula Sarawak) berakhir pada 21 Ogos 2023.

“Ketika ini, SPR dalam proses akhir penyediaan syor untuk persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi Sarawak, dengan mengambil kira pertambahan 17 kerusi DUN yang diluluskan DUN Sarawak,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Azalina berkata, SPR akan memaparkan syor itu dalam masa terdekat, yang menandakan bermulanya kajian persempadanan semula secara rasmi di bawah Perkara 113(9) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, SPR diberikan tempoh dua tahun dari tarikh tersiarnya notis rasmi untuk menyiapkan kajian itu, selaras Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi, beliau tidak menyatakan jika kajian itu akan diselesaikan sebelum pembubaran DUN Sarawak.

Azalina menjawab soalan Richard Rapu (GPS-Betong) jika kerajaan boleh memberi jaminan SPR dapat menyelesaikan proses persempadanan semula sebelum DUN Sarawak dibubarkan.

Richard berkata, penggunaan berterusan 82 kerusi sedia ada bukan sahaja bertentangan keputusan perundangan Sarawak, tetapi turut menafikan keperluan pembangunan mendesak di kawasan luar bandar yang luas.

Kali terakhir Sarawak mengadakan PRN pada Disember 2021. Penggal DUN semasa akan tamat pada Februari 2027, melainkan ia dibubarkan lebih awal. Justeru, PRN perlu diadakan selewat-lewatnya April 2027.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Abang Johari Openg dilaporkan berkata, PRN akan datang dijangka menggunakan 82 kerusi sedia ada, jika 17 kerusi tambahan tidak diluluskan tepat pada masanya oleh SPR.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002573
$0.00002573$0.00002573
-3.41%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs