Calon PH di DUN Puteri Wangsa berkata, penyertaan tinggi pengundi akan pastikan kerajaan negeri baharu dapat sokongan penuh rakyat.Calon PH di DUN Puteri Wangsa berkata, penyertaan tinggi pengundi akan pastikan kerajaan negeri baharu dapat sokongan penuh rakyat.

Lebih ramai keluar mengundi, lebih kukuh mandat Johor, kata Maszlee

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Maszlee MalikCalon PH Maszlee Malik bercakap pada sesi dialog langsung PRN Johor anjuran RTM, Astro Awani, dan Sinar Harian.

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) di DUN Puteri Wangsa Maszlee Malik menggesa rakyat Johor untuk keluar mengundi beramai-ramai pada Sabtu ini kerana menurutnya, peratusan keluar mengundi yang tinggi akan memberikan mandat yang lebih kukuh kepada kerajaan negeri baharu.

Bercakap pada sesi dialog langsung PRN Johor anjuran RTM, Astro Awani dan Sinar Harian hari ini, Maszlee berkata, peratusan keluar mengundi antara 80 hingga 90% akan lebih mencerminkan mandat sebenar rakyat.

“Dalam sistem demokrasi, satu undi amat bernilai. Undi mencerminkan mandat rakyat. Semakin ramai keluar mengundi, semakin kukuh mandat tersebut,” katanya.

Maszlee berkata, beliau tidak merujuk kepada mana-mana parti politik, namun menegaskan bahawa peratusan mengundi yang lebih tinggi akan memberi kelebihan kepada mereka yang berkhidmat untuk rakyat dengan penuh integriti.

“Jika hanya sebilangan kecil sahaja yang keluar mengundi, pihak yang menang tidak akan dapat mandat penuh rakyat, (walaupun) memegang kuasa dan menang banyak kerusi,” kata bekas menteri pendidikan itu.

Justeru, Maszlee menggesa anak jati Johor yang bekerja di luar, termasuk di Singapura, agar pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi.

Dialog malam ini pada awalnya dijangka menampilkan Pengerusi Barisan Nasional Johor Onn Hafiz Ghazi, namun menurutnya, beliau tidak perlu menyertainya kerana tidak bertanding menentang Maszlee.

Onn Hafiz sebaliknya akan bertembung calon PH Hafiz Roslan dalam persaingan satu lawan satu di Machap.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi dialog itu, Maszlee berkata, platform seumpama itu menggalakkan pengundi menilai calon berdasarkan idea, dasar dan bukti, bukannya emosi.

“Saya harap ini jadi titik tolak dalam politik negara kita dengan menghidupkan semula budaya dialog, supaya rakyat boleh buat pilihan bersandarkan hujah, fakta dan bukti, berbanding sekadar sentimen dan emosi,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002512
$0,00002512$0,00002512
-5,70%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs