Anwar Ibrahim berkata Putrajaya dan Terengganu setuju guna Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) untuk menampung sebahagian kos projek itu.Anwar Ibrahim berkata Putrajaya dan Terengganu setuju guna Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) untuk menampung sebahagian kos projek itu.

PM tolak tuntutan Terengganu RM1.43 bilion bagi LPT2

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
lebuhraya pantai timurMenteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini dakwa Putrajaya berhutang RM1.43 bilion kepada kerajaan negeri berhubung pembinaan LPT2. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak gesaan supaya Putrajaya ‘membayar balik’ RM1.43 bilion kepada kerajaan Terengganu bagi kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Anwar yang juga menteri kewangan, berkata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sebelum ini bersetuju menggunakan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) untuk menampung sebahagian kos pembinaan lebuh raya itu.

Katanya, mengikut arahan akaun amanah DKKP, dana itu digunakan bagi “program, projek dan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat” di negeri-negeri berkaitan.

“Arahan akaun itu tidak mempunyai peruntukan berhubung pembayaran balik kepada mana-mana kerajaan negeri sekiranya projek yang dilaksanakan kerajaan persekutuan atau agensi persekutuan dibiayai melalui akaun amanah DKKP.

“Oleh itu, tuntutan supaya kerajaan persekutuan membayar balik RM1.43 bilion kepada kerajaan Terengganu bagi kos pembinaan LPT2 tidak berbangkit,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Shaharizukirnain Abdul Kadir (PN-Setiu).

Anwar berkata, kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan cadangan daripada kerajaan Terengganu bagi program atau projek baharu di negeri itu menggunakan dana DKKP.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini mendakwa Putrajaya berhutang RM1.43 bilion kepada kerajaan negeri berhubung pembinaan LPT2.

Samsuri yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa ada kertas Kabinet yang memperincikan persetujuan untuk membayar balik jumlah itu kepada kerajaan negeri.

Market Opportunity
Bilibili (Ondo) Logo
Bilibili (Ondo) Price(BILION)
--
----
USD
Bilibili (Ondo) (BILION) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs