Anwar Ibrahim menafikan Putrajaya masih terlalu bergantung kepada dividen tahunan Petronas untuk meningkatkan hasil negara.Anwar Ibrahim menafikan Putrajaya masih terlalu bergantung kepada dividen tahunan Petronas untuk meningkatkan hasil negara.

Hanya 6% hasil kerajaan dari dividen Petronas, kata PM

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
petronasAhmad Fadhli Shaari meminta penjelasan sama ada kerajaan terlalu bergantung kepada Petronas susulan pengurangan dividen syarikat itu kepada Putrajaya daripada RM40 bilion pada 2023 kepada RM20 bilion tahun ini.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan persekutuan terlalu bergantung kepada dividen tahunan Petronas untuk menambah hasil negara.

Anwar yang juga menteri kewangan, berkata dividen RM20 bilion yang dibayar syarikat minyak dan gas negara itu tahun ini hanya mewakili 5% hingga 6% daripada unjuran hasil Putrajaya.

Katanya, kerajaan dijangka mengutip hasil keseluruhan sebanyak RM343.1 bilion, merangkumi RM270.4 bilion hasil cukai dan RM72.7 bilion hasil bukan cukai, dengan dividen Petronas termasuk dalam kategori hasil bukan cukai.

“Sumber utama hasil kerajaan persekutuan ialah hasil cukai, yang merangkumi 70% daripada jumlah keseluruhan hasil, manakala dividen Petronas hanya sekitar 5% hingga 6%.

“Ini menunjukkan kerajaan persekutuan tidak terlalu bergantung kepada prestasi Petronas,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).

Fadhli bertanya sama ada kerajaan terlalu bergantung kepada Petronas selepas dividen syarikat itu kepada Putrajaya berkurang daripada RM40 bilion pada 2023 kepada RM20 bilion tahun ini.

Anwar berkata kerajaan komited untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum berikutan risiko ketidaktentuan harga minyak mentah.

Katanya, hasil berkaitan petroleum mencatat paras tertinggi pada 2009 apabila menyumbang 41.3% kepada keseluruhan hasil kerajaan.

“Melalui pelbagai langkah yang dilaksanakan sejak 2023, komposisi hasil berkaitan petroleum dikurangkan daripada 28% pada 2022 kepada 17.5% pada 2025. Bagi 2026, angka ini dijangka terus menurun kepada 12.5%,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000266
$0.0000266$0.0000266
+1.06%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs