Bapa mangsa percaya anaknya bukan sasaran asal sebaliknya jadi mangsa kerana tidak sempat lari.Bapa mangsa percaya anaknya bukan sasaran asal sebaliknya jadi mangsa kerana tidak sempat lari.

Pelajar ditikam cedera paru-paru, alami 16 luka, kata bapa

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Pelajar ditikam di sekolah cedera paru-paruPelajar Tingkatan 3 yang dtikam di sebuah sekolah di Banting pagi tadi kini dirawat di Hospital Banting. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan yang ditikam di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat, cedera pada bahagian paru-paru selain turut mengalami kira-kira 16 luka pada bahagian badan dalam kejadian pagi tadi.

Bapa mangsa, Mohd Firuz Ibrahim berkata, ketika kejadian kira-kira 9 pagi itu, beliau sedang bekerja sebelum menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab daripada pihak sekolah.

“Saya ketika itu sedang menyusun barang dan tidak perasan telefon saya berbunyi. Apabila saya telefon semula pihak sekolah, saya ingat anak saya cuma tak sihat … tak sangka dia menjadi mangsa tikaman,” kata penghantar barangan berusia 43 tahun itu di Hospital Banting, lapor Bernama.

Firuz berkata, beliau dimaklumkan pasukan perubatan sedang berusaha mengeluarkan darah pada paru-paru kiri anaknya.

Pelajar Tingkatan 3 itu bagaimanapun dalam keadaan stabil serta masih boleh bercakap.

Dalam pada itu, Firuz meluahkan kekesalan berhubung kejadian dan memohon pihak sekolah mengetatkan tahap keselamatan agar kejadian sama tidak berulang.

Menurutnya, dia difahamkan suspek ialah rakan sekelas anaknya ketika Tingkatan 2 dan kini dicutikan bagi menjalani rawatan kesihatan.

Bagaimanapun, beliau tidak percaya anaknya merupakan sasaran asal suspek, sebaliknya menjadi mangsa kerana tidak sempat melarikan diri.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memaklumkan suspek dipercayai menikam pelajar itu telah ditahan polis dan pelajar perempuan yang cedera dirawat di Hospital Banting.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002649
$0,00002649$0,00002649
-0,56%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs