Abdul Karim Rahman Hamzah berkata gesaan tersebut bukan sesuatu yang progresif dan boleh menyebabkan negara lebih berpecah-belah.Abdul Karim Rahman Hamzah berkata gesaan tersebut bukan sesuatu yang progresif dan boleh menyebabkan negara lebih berpecah-belah.

Gesaan Dr M melayu undi melayu tak bertanggungjawab, kata Karim

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Abdul Karim Rahman HamzahAbdul Karim Rahman Hamzah dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu sudah sekian lama lantang mengkritik ahli politik yang memainkan sentimen kaum untuk meraih sokongan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Sarawak menyifatkan seruan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad supaya orang Melayu hanya mengundi calon Melayu pada PRU akan datang sebagai ‘sangat tidak bertanggungjawab’.

Ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata Mahathir sepatutnya amat memahami kerumitan masyarakat berbilang kaum dan agama selepas menerajui kerajaan selama lebih dua dekad.

“Menasihati orang Melayu supaya mengundi hanya calon Melayu dalam pilihan raya jelas bukan sesuatu yang progresif dan boleh memecah-belahkan negara. Gesaan daripada Mahathir, kenyataan seperti itu sangat tidak bertanggungjawab.

“Politik perkauman dan agama yang melampau harus dielakkan jika kita mahu melihat Malaysia yang harmoni, aman, makmur dan progresif,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata sebagai seorang negarawan, Mahathir sepatutnya meletakkan dirinya lebih tinggi daripada politik kepartian, memandangkan kepada pengalaman dan kebijaksanaan yang dimilikinya, serta menjadi tokoh yang boleh dirujuk oleh semua rakyat.

Karim yang sekian lama lantang mengkritik ahli politik yang memainkan sentimen kaum untuk meraih sokongan turut berkata pemimpin politik perlu berhenti menyemarakkan ekstremisme kaum dan agama dan sebaliknya mencontohi model perpaduan Sarawak.

Minggu lalu, Mahathir menggesa pengundi Melayu mengundi hanya calon Melayu pada PRU akan datang tanpa mengira parti politik.

Menurutnya, orang Melayu perlu setia kepada sesama Melayu kerana ‘Jika kesetiaan ini diberi kepada parti atau puak lain akan hilanglah Tanah Melayu’, katanya dalam satu hantaran Facebook.

james chinJames Chin.

Penganalisis politik dari University of Tasmania, James Chin berkata Mahathir pada asasnya menyeru kepada solidariti berasaskan etnik.

Apabila ditanya sama ada PAS patut membalas dengan menyatakan calon bukan Melayu mereka juga layak disokong, Chin berkata adalah lebih baik parti Islam itu tidak terlibat dalam isu tersebut.

“Ia cuma retorik kosong. Bukan Melayu tahu PAS mencari individu yang boleh dianggap seperti ‘Uncle Tom’ dalam konteks Amerika — seseorang yang tunduk dan menerima PAS sebagai lebih unggul atau menerima ketuanan kaum.

“Sebab itu parti seperti MCA dan Gerakan mempunyai kredibiliti yang rendah dalam kalangan masyarakat bukan Melayu,” katanya.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebelum ini berkata partinya menerima bukan Islam yang tidak menolak prinsip dan dasar Islam.

Beliau berkata PAS bersedia bekerjasama dengan semua parti dan NGO bukan Islam yang ‘tidak ekstrem’, walaupun mempunyai perbezaan ideologi.

Chin menambah bahawa PAS dilihat mula menjauhkan diri daripada Mahathir selepas parti itu bersama Bersatu menyokong inisiatif ‘payung Melayu’ yang dilancarkan Mahathir pada Jun 2025.

Menurutnya, kedua-dua pihak mahu menjadi peneraju utama, menyebabkan inisiatif tersebut akhirnya tidak menjadi kenyataan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002626
$0.00002626$0.00002626
-5.97%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs