DUN Sarawak lulus tambahan 17 kerusi pada Julai lalu justeru meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 99 DUN tertakluk proses SPR.DUN Sarawak lulus tambahan 17 kerusi pada Julai lalu justeru meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 99 DUN tertakluk proses SPR.

PRN Sarawak tanding 82 DUN jika kerusi baru belum dimuktamad, kata Abang Jo

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Abang Johari OpengPremier Sarawak Abang Johari Openg, berkata kerajaan negeri hormat bidang kuasa SPR dan perakui proses persempadanan semula mesti mematuhi semua prosedur berkanun dan undang-undang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata PRN akan datang dijangka diteruskan dengan 82 kerusi sedia ada jika cadangan penambahan 17 kerusi baru tidak diluluskan tepat pada masanya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sarawak mesti mengadakan pilihan raya negeri selewat-lewatnya April 2027 dengan Abang Johari, berkata wujud kemungkinan besar 17 kerusi tersebut tidak dapat dipertandingkan jika garis masa prosedur SPR tidak dipenuhi sebelum pembubaran DUN.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, berkata kerajaan negeri menghormati bidang kuasa SPR dan memperakui proses persempadanan semula mesti mematuhi semua prosedur berkanun dan undang-undang.

“Keseluruhan proses ini mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh bulan daripada peringkat awal,” katanya.

“Kita akan mengikut garis masa SPR kerana pilihan raya kita adalah proses demokrasi yang mesti beroperasi dalam kerangka undang-undang ditetapkan,” katanya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Pada Isnin, pemimpin GPS Abdul Karim Rahman Hamzah mengkritik apa disifatkannya sebagai kurang kesegeraaan untuk mendapatkan pengesahan Parlimen terhadap cadangan menambah 17 kerusi baharu DUN.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu itu, berkata cadangan berkenaan hanya memerlukan pengesahan Parlimen kerana ia melibatkan kawasan PRN, dan tidak memerlukan sebarang perubahan kerusi Parlimen.

Beliau berkata, Parlimen telah bersidang tiga kali sejak DUN Sarawak meluluskan usul tersebut sebulat suara pada Julai lalu, namun tiada pengesahan diperoleh.

Kenyataan Karim dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berkata cadangan tersebut tidak mungkin dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini.

Fadillah berkata, perkara itu perlu melalui beberapa proses dan prosedur di bawah SPR, termasuk urusan pameran awam bagi membolehkan bantahan atau maklum balas dikemukakan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002793
$0.00002793$0.00002793
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs