Setiausaha Agung Loke Siew Fook kata DAP terima teguran Sultan Selangor dan sedia membuat penjelasan.Setiausaha Agung Loke Siew Fook kata DAP terima teguran Sultan Selangor dan sedia membuat penjelasan.

LRT3: Loke mohon mengadap Sultan Selangor selepas pemimpin DAP ditegur

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
DAP menerima teguran Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung LRT3, kata Setiausah Agung Loke Siew Fook.

MUAR: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook memaklumkan beliau akan memohon mengadap Sultan Selangor susulan teguran terhadap pemimpin parti berhubung LRT3 Shah Alam.

Loke berkata DAP menerima teguran Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sedia menerima penjelasan. Loke juga adalah menteri pengangkutan.

“Saya akan memohon untuk menghadap Sultan Selangor. Teguran itu kita terima tapi saya akan cuba memohon untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberikan penjelasan. Bukannya soal kita nak membatalkan projek itu, cuma untuk merasionisasikan kos projek tersebut,” katanya kepada pemberita selepas ceramah Pakatan Harapan sempena PRN Johor, di Bakri.

Terdahulu, Lim Guan Eng yang juga penasihat DAP dan bekas menteri kewangan, serta bekas setiausaha politik beliau, Tony Pua, menjelaskan kos, skop, dan garis masa LRT 3 dalam satu artikel.

Loke menarik perhatian kepada penjelasan berkenaan. “Hari ini juga ada kenyataan bersama daripada Lim dan Pua berkenaan fakta-fakta yang perlu diketengahkan.”

Dalam perutusan sempena pembukaan LRT3 Shah Alam, semalam, Sultan Sharafuddin bertitah projek itu pernah tergendala lebih 18 bulan selepas pertukaran kerajaan pada 2018, selain berdepan kelewatan 19 bulan lagi akibat pandemik Covid-19.

Titahnya, Lim yang menjadi menteri kewangan ketika itu bersama Pua telah mengecilkan kos pelaburan untuk projek itu atas alasan kononnya ia projek ‘mega’, juga mengecilkan saiz setiap stesen dan mengurangkan jumlah gerabak keretapi selain membatalkan lima stesen.

Namun baginda bersyukur apabila Anwar Ibrahim sebaik mengambil alih jawatan perdana menteri dan menteri kewangan bersetuju untuk meneruskan projek LRT3 dengan mengembalikan semula lima buah stesen yang telah dibatalkan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002712
$0.00002712$0.00002712
-7.21%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.