Bekas ahli MKT, Puad Zarkashi, meneruskan kritikan berhubung 'calon kitar semula' Umno pada PRN Johor.Bekas ahli MKT, Puad Zarkashi, meneruskan kritikan berhubung 'calon kitar semula' Umno pada PRN Johor.

Umno pelik letak ‘calon kitar semula’ di Tenggaroh, kata Puad

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Puad ZarkashiPuad Zarkashi dakwa pemimpin Umno bersikap dwistandard terhadap ahli yang didapati bersalah oleh lembaga disiplin.

PETALING JAYA: Bekas pemimpin Puad Zarkashi meneruskan kritikan berhubung ‘calon kitar semula’ Umno pada PRN Johor, menyasarkan taruhan Barisan Nasional di DUN Tenggaroh, Mohd Youzaimi Yusof.

Dalam catatan di Facebook, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu memetik nama Youzaimi untuk mendakwa pemimpin Umno bersikap dwistandard terhadap ahli yang didapati bersalah oleh lembaga disiplin parti.

Beliau mendakwa, Youzaimi diberi amaran keras kerana mensabotaj seorang calon BN pada PRU15, tetapi menggantung Ketua Wanita Johor Bahru, Sa’adiah Hussien.

Menurutnya, hukuman gantung terhadap Sa’adiah dibatalkan apabila dwistandard dibangkitkan dalam mesyuarat MKT.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan dakwaan yang dihadapi Sa’adiah ketika itu.

“Itu contoh amalan kroni yang menyaksikan sistem Umno dirosakkan. Ia tambah rosak apabila Youzaimi yang didapati bersalah kerana mensabotaj dicalonkan pula di Tenggaroh,” kata Puad.

Puad mendakwa, pencalonan Youzaimi sebagai ‘amat pelik’ kerana ada pemimpin muda Umno di Mersing, seperti ketua Pemuda dan ketua Puteri.

“Ia amat pelik. Apatah lagi Youzaimi calon kitar semula yang kalah di PRN Johor 2022,” katanya.

Pada PRN kali ini, Youzaimi mempertahankan Tenggaroh daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Pada PRN lalu, Youzaimi tewas di DUN Endau di tangan calon PN ketika itu, Alwiyah Talib, yang kali ini mempertahankan kerusi itu untuk BN.

Puad keluar Umno pada 25 Jun lalu, mendakwa beliau tidak lagi mampu berdiam diri mengenai apa yang disifatkannya sebagai kekurangan autonomi dalam membuat keputusan di Umno Johor.

Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki kemudian mendakwa Puad pernah mengugut untuk keluar parti dan mengkritiknya secara terbuka jika anaknya tidak dicalonkan bagi kerusi Rengit.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002765
$0.00002765$0.00002765
-0.89%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.