Pengerusi BN itu berkata pelantikan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar adalah atas perkenan Sultan Johor.Pengerusi BN itu berkata pelantikan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar adalah atas perkenan Sultan Johor.

Johor lebih baik selepas Onn Hafiz jadi MB, kata Zahid

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Pengerusi BN, Zahid Hamidi berkata kerajaan Johor menunjukkan pencapaian yang baik di bawah kepimpinan Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi.

PENGERANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi, berkata Johor akhirnya memperoleh manfaat yang lebih besar selepas Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai menteri besar selepas PRN Johor 2022, walaupun Hasni Mohammad merupakan ‘poster boy’ gabungan itu ketika itu.

Berucap pada satu program anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Zahid mengimbas kembali bagaimana Hasni mengetuai BN menghadapi PRN itu sebagai calon menteri besar BN.

Beliau berkata Hasni ialah seorang pemimpin yang baik, berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk Johor serta merancang pelbagai pembangunan bagi negeri itu.

Bagaimanapun, Zahid berkata pelantikan seseorang sebagai menteri besar tertakluk kepada perkenan Sultan Johor.

“Ketika itu Hasni menjadi seorang pemimpin yang baik. Saya akui perkara itu. Tetapi atas perkenan Tuanku, Onn Hafiz telah dipilih sebagai menteri besar yang baharu,” katanya.

Beliau mengibaratkan keadaan itu seperti membeli-belah secara dalam talian apabila seseorang memesan satu barangan tetapi menerima barangan lain yang lebih baik.

“Dengan teknologi moden, kita tidak perlu lagi ke pusat beli-belah untuk membeli barang. Kita boleh membeli secara dalam talian. Saya pesan satu barang, tetapi barang lain pula yang sampai. Barang yang sampai itu lebih baik daripada barang yang saya pesan,” katanya.

Hasni merupakan ‘poster boy’ BN pada PRN Johor 2022 dan dijangka kekal sebagai menteri besar sekiranya gabungan itu menang.

BN kemudiannya mencatat kemenangan besar, namun Onn Hafiz dilantik sebagai menteri besar.

Zahid berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Onn Hafiz telah menunjukkan kepimpinan yang kukuh sejak beliau memegang jawatan itu.

Katanya, walaupun kesinambungan pentadbiran penting, pelantikan menteri besar juga perlu menghormati peranan Sultan Johor seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002769
$0.00002769$0.00002769
-5.26%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.