Timbalan pengerusi BN Mohamad Hasan berkata jentera parti tetap perlu bekerja keras untuk menang atas kekuatan sendiri.Timbalan pengerusi BN Mohamad Hasan berkata jentera parti tetap perlu bekerja keras untuk menang atas kekuatan sendiri.

Hargai sokongan PAS, tapi BN tak boleh menang atas ihsan, kata Tok Mat

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Mohamad Hasan berucap dalam kempen Barisan Nasional (BN) di DUN Bukit Pasir.

MUAR: Barisan Nasional (BN) menghargai pendirian PAS yang mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon gabungan itu di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor 11 Julai ini.

Namun, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata jentera parti itu tidak boleh terlalu bergantung kepada sokongan pihak lain untuk menang.

Beliau berkata BN tetap mengarahkan seluruh jenteranya bekerja keras bagi memastikan kemenangan atas kekuatan sendiri.

“Saya ucap terima kasih kepada Tuan Guru Haji Hadi jika itu dapat diterjemahkan semasa hari mengundi pada 11 Julai nanti.

“Tetapi saya beritahu juga kepada jentera kita, kita mesti terus bekerja kuat. Dalam hidup ini, kita jangan mengharapkan belas ihsan orang.

“Kita bina kekuatan supaya kita kuat atas kekuatan sendiri. Kalau ada sesiapa mahu membantu, Alhamdulillah dan kita ucap terima kasih,” katanya selepas menghadiri program kempen PRN Johor bersama penduduk di DUN Simpang Jeram.

Semalam, PAS secara rasmi menyeru pengundi supaya tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara BN dan PH.

BN dan PH bertanding di semua 56 kerusi DUN, manakala PN hanya meletakkan calon di 33 kerusi.

Sebanyak 14 kerusi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan PH, iaitu Buloh Kasap, Bekok, Tangkak, Bentayan, Yong Peng, Parit Yaani, Penggaram, Machap, Mengkibol, Tanjung Surat, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nanas dan Kukup.

Sembilan lagi kerusi iaitu Mahkota, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Larkin, Perling, Kempas, Skudai, Bukit Batu dan Senai, menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru turut membabitkan Parti Bersama Malaysia, Muda, Parti Sosialis Malaysia dan calon bebas.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002718
$0.00002718$0.00002718
+3.50%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.