Bekas menteri besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, akan mempertahankan Bukit Kepong, manakala Rashid Hasnon bertanding di Senggarang.
PETALING JAYA: Bekas menteri besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, dan bekas timbalan speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon antara 16 calon dipertaruhkan Bersatu menjelang PRN Johor.
Presiden Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai calon itu di Pagoh malam tadi.
Sahruddin, yang pernah menjadi menteri besar Johor dari 2019 hingga 2020, akan mempertahankan kerusi Bukit Kepong.
Rashid, yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat dan Adun Pantai Jerejak, akan bertanding di Senggarang.
Abd Mutalip Abd Rahim, yang baru menyertai Bersatu awal hari ini selepas keluar Umno dicalonkan di Layang-Layang.
BERITA LANJUT MENYUSUL


