Mahkamah Tinggi berkata mereka adalah sebahagian daripada operasi sulit empat tahun lalu untuk mengumpul maklumat mengenai pemerdagangan manusia.Mahkamah Tinggi berkata mereka adalah sebahagian daripada operasi sulit empat tahun lalu untuk mengumpul maklumat mengenai pemerdagangan manusia.

2 pegawai SB, 3 lagi bebas tuduhan perdagang Rohingya ke Malaysia

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
mahkamah alor setarMahkamah Tinggi di Alor Setar memutuskan operasi tersebut merupakan sebahagian daripada tugas Cawangan Khas untuk mengumpul risikan dan menyalurkannya kepada agensi lain. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi di Alor Setar membebaskan dua pegawai Cawangan Khas (SB) negeri dan tiga individu lain daripada pertuduhan memperdagangkan 119 etnik Rohingya masuk ke negara ini.

Hakim Evawani Farisyta Mohammad memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan di bawah Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran terhadap pegawai Cawangan Khas Razin Razali dan Faizal Ahmad Zaki.

Evawani turut memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan di bawah Seksyen 26A akta yang sama terhadap Anas Hafizin Ahmad, Aslam Osman dan Ibrahim Dahamid.

Kesalahan yang didakwa itu dilakukan pada 24 Mei 2022 di sebuah jeti di Kuala Kedah.

Ketika membebaskan mereka, mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan yang disokong keterangan saksi daripada Cawangan Khas bahawa kelima-lima lelaki itu terlibat dalam operasi penyamaran dikenali sebagai ‘Op Benteng’ pada hari kejadian.

Evawani berkata, seorang penyelia Faizal mengesahkan dia merupakan pegawai lapangan.

“Penyelia itu mengeluarkan sepucuk surat yang dikemukakan sebagai bahan bukti, menyatakan Cawangan Khas negeri sedang menjalankan operasi sulit pada malam berkenaan.

“Operasi itu merupakan sebahagian daripada tugas Cawangan Khas untuk mengumpul risikan sebelum menyalurkan maklumat kepada jabatan polis atau agensi penguat kuasa lain,” katanya sambil menambah bahawa Bukit Aman juga mengetahui mengenai operasi tersebut.

Evawani berkata gambar dan rakaman video diambil menggunakan iPad milik Razin di dalam bot yang membawa etnik Rohingya dari Cox’s Bazar sebelum mereka dipindahkan ke sebuah lagi bot nelayan di perairan Malaysia.

“Jika tertuduh berniat menyeludup migran, adalah tidak munasabah untuk mereka menyimpan atau mengumpul bukti yang boleh mendedahkan penglibatan mereka sendiri.

“Mahkamah mendapati bahawa dalam proses pengumpulan risikan, aktiviti sindiket perlu dibiarkan berjalan seperti yang dirancang kerana ia membolehkan pegawai yang terlibat memperoleh kepercayaan sindiket dan mendapatkan maklumat yang diperlukan,” katanya.

Get Covered, Share 1M USDT

Get Covered, Share 1M USDTGet Covered, Share 1M USDT

Higher VVIP tiers, higher compensation odds.

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Record Ads, Stock Down 7%

Record Ads, Stock Down 7%Record Ads, Stock Down 7%

Jul 29: Meta earnings face the market's question.