Ketua penerangan Bersatu turut mempersoalkan sama ada mesyuarat bertujuan membuat keputusan atau sekadar membincangkan cadangan.Ketua penerangan Bersatu turut mempersoalkan sama ada mesyuarat bertujuan membuat keputusan atau sekadar membincangkan cadangan.

Tun Faisal persoal tujuan mesyuarat tergempar PN

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Tun Faisal Ismail AzizKetua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz dakwa Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memuktamadkan sesuatu keputusan.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan tujuan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) dijadual berlangsung malam esok ketika gabungan itu berdepan isu berkaitan keanggotaannya.

Katanya, jika keputusan dalam PN perlu dirujuk semula kepada parti komponen sebelum dimuktamadkan, timbul persoalan sama ada mesyuarat tergempar itu diadakan untuk membuat keputusan atau sekadar mengemukakan cadangan.

“Jika begitu apakah tujuan dipanggil mesyuarat tergempar MT PN pada 22 Jun ini? Untuk buat keputusan atau buat cadangan?

“Atau hanya menyampaikan keputusan yang telah dibuat di luar mesyuarat MT PN?” soalnya di Facebook.

Beliau turut mendakwa, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memuktamadkan sesuatu keputusan dan perlu merujuk kepada parti masing-masing sebelum sebarang ketetapan dibuat.

“Setakat ini memang difahami pengerusi PN tidak boleh membuat keputusan dan memuktamadkan keputusan kerana dia hanya naib presiden, tiada kuasa eksekutif seperti presiden parti untuk memuktamadkan keputusan,” katanya.

Tun Faisal juga mempersoalkan mekanisme membuat keputusan dalam gabungan itu jika cadangan yang dibincangkan tidak dipersetujui pihak tertentu.

“Cadangan ini kemudian akan diputuskan di mana? Kalau cadangan tidak menepati kehendak pihak tertentu, apakah tindakan selepas itu?

“Bolehkah dibuat kenyataan terbuka mempertikai dan memveto cadangan MT PN?” katanya.

Katanya, mengapa mesyuarat MT PN tidak dipanggil lebih awal walaupun gabungan itu perlu membuat persiapan menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, mengeluarkan notis memanggil mesyuarat tergempar MT PN pada 22 Jun dengan agenda utama membincangkan isu keanggotaan gabungan.

Mesyuarat itu diadakan ketika masa depan hubungan PAS dan Bersatu dalam PN terus menjadi perhatian susulan kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini bahawa terpulang kepada Bersatu sama ada mahu kekal atau keluar daripada gabungan.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1593
$0.1593$0.1593
-1.84%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order