Kes ditetapkan didengar pada 27 dan 28 Mei, 23 dan 30 Julai, 9 hingga 11 dan 18 serta 19 Ogos sebelum bersambung pada 6 hingga 8 serta 27 hingga 29 Sept 2027.Kes ditetapkan didengar pada 27 dan 28 Mei, 23 dan 30 Julai, 9 hingga 11 dan 18 serta 19 Ogos sebelum bersambung pada 6 hingga 8 serta 27 hingga 29 Sept 2027.

Bicara kes Daud Bakar mula Mei tahun depan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
mohd daud bakarMohd Daud Bakar didakwa sebagai wakil syarikat Energy Eco Bhd bersubahat dengan AUF MBZ Consortium PLT dalam menjalankan aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti tanpa lesen. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan 15 hari bermula 27 Mei 2027 untuk perbicaraan kes tokoh kewangan Islam Mohd Daud Bakar dan usahawan Mahadi Badrul Zaman yang didakwa terlibat dalam perniagaan sekuriti tanpa lesen.

Hakim Mohd Kafli Che Ali menetapkan kes itu didengar pada 27 dan 28 Mei, 23 dan 30 Julai, 9 hingga 11 dan 18 serta 19 Ogos sebelum bersambung pada 6 hingga 8 serta 27 hingga 29 Sept tahun depan.

“Perbicaraan ditetapkan 15 hari seperti tarikh yang telah dijadualkan dan sebutan kes seterusnya ditetapkan pada 19 Nov,” katanya yang turut membenarkan permohonan pendakwaan agar kes dihadapi Daud dan Mahadi dibicarakan serentak.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti K Mageswary memohon kes dibicarakan serentak mengikut Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah kerana ia kes subahat yang melibatkan transaksi sama.

Selain itu, beliau berkata pihak pendakwaan dijangka memanggil 25 saksi dan memaklumkan beberapa jilid dokumen berkaitan perbicaraan diserahkan kepada pihak pembelaan hari ini manakala bakinya dalam tempoh secepat mungkin.

Pada prosiding hari ini, peguam Aiman Abdul Rahman mewakili Daud manakala Mahadi diwakili peguam Mohd Zamri Mohd Idrus.

Daud, 62, yang juga bekas pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia didakwa sebagai wakil syarikat Energy Eco Bhd bersubahat dengan AUF MBZ Consortium PLT dalam menjalankan aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti tanpa lesen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 14 Jun 2021 hingga 9 Ogos 2023 di C6-1, Jalan Reef 1/2, Pusat Perniagaan Reef, Rawang dalam Daerah Gombak, Selangor.

Mahadi, 43, pula didakwa sebagai wakil AUF MBZ Consortium PLT menjalankan perniagaan dalam sekuriti tanpa lesen di sebuah vila di Sunway South Quay, Subang Jaya, Selangor antara 3 Sept 2021 hingga 15 Feb 2024.

Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Subseksyen 367(1) akta sama yang boleh dihukum bawah Subseksyen 58(4) akta tersebut.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya sekali.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage