Buah-buahan tempatan akan disajikan kepada 350 atlet pada 10th World Cup Woodball Championship di Perlis hujung bulan ini.Buah-buahan tempatan akan disajikan kepada 350 atlet pada 10th World Cup Woodball Championship di Perlis hujung bulan ini.

FAMA sumbang 1.5 tan buah untuk atlet woodball dunia

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Syed Faizuddin Putra JamalullailRaja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan buah-buahan tempatan oleh FAMA Perlis di Meeza Kitchen, Kampung Gial, Arau. (Gambar Istana Arau)

PETALING JAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis akan menyumbang 1.5 tan metrik buah-buahan tempatan sempena penganjuran 10th World Cup Woodball Championship (WCWC) 2026, bulan ini.

Kejohanan bertaraf dunia itu dijadual berlangsung dari 24 hingga 30 Julai di Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Pengarah FAMA Perlis Mohd Anzara Azizan berkata sumbangan itu membabitkan pelbagai buah-buahan tempatan seperti pisang berangan, rambutan dan durian.

Beliau berkata buah-buahan itu akan disajikan kepada kira-kira 350 atlet yang dijangka menyertai kejohanan berkenaan, melibatkan penyertaan dari hampir 20 negara.

Menurutnya, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan memperkenalkan keunikan hasil pertanian tempatan kepada peserta antarabangsa, tetapi juga mempromosikan buah-buahan bermusim keluaran Perlis sebagai produk agro berkualiti.

“Ini juga peluang untuk memperkenalkan hasil tempatan Perlis kepada peserta luar negara yang hadir sempena kejohanan ini,” katanya.

Bagi memeriahkan penganjuran WCWC 2026, FAMA Perlis turut akan mengadakan Jualan Istimewa Buah-Buahan Bermusim dari 27 hingga 29 Julai.

Program jualan itu akan melibatkan hampir dua tan metrik buah-buahan bermusim yang dihasilkan pengusaha tempatan di Perlis.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs