Calon PH Kukup berkata RTS Link boleh lancarkan perjalanan pelancong antarabangsa ke penghujung benua Asia itu.Calon PH Kukup berkata RTS Link boleh lancarkan perjalanan pelancong antarabangsa ke penghujung benua Asia itu.

Cheah mahu Kukup raih limpahan RTS, JS-SEZ

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Cheah Chee HongCheah Chee Hong berkata usaha menjadikan Kukup sebagai destinasi pelancongan tidak boleh sekadar slogan tanpa penyelesaian masalah asas membelenggu penduduk.

PONTIAN: Calon Pakatan Harapan (PH) Kukup Cheah Chee Hong mahu pekan pesisir itu melengkapi limpahan ekonomi daripada inisiatif persekutuan dengan memanfaatkan kekuatannya dalam perikanan dan pelancongan.

Merujuk Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Cheah berpandangan dua inisiatif itu mampu mengubah wajah Kukup yang turut terkenal sebagai penghujung benua Asia.

Beliau memberi contoh RTS Link mampu melancarkan perjalanan pelancong antarabangsa yang memilih Singapura sebagai pintu masuk.

“Perjalanan dari Johor Bahru ke Kukup sekitar satu jam sahaja.

“Mereka boleh datang ke Kukup yang cantik ini. Makanan pun sedap dan harga tidak terlalu mahal,” katanya kepada FMT.

Namun Cheah berkata usaha menjadikan Kukup sebagai destinasi pelancongan tidak boleh sekadar slogan tanpa penyelesaian kepada masalah asas membelenggu penduduk.

Sehubungan itu, jika diberi mandat sebagai wakil rakyat pada PRN Johor, Sabtu ini, beliau mahu menyelesaikan masalah jalan sempit, kekurangan lampu jalan, meningkatkan liputan telekomunikasi termasuk 5G dan masalah sampah.

Cheah Chee HongCheah Chee Hong bertemu orang ramai dalam siri kempennya menjelang PRN Sabtu ini.

“Kalau mahu jadikan Kukup tempat pelancongan, kita tidak boleh hanya bercakap.

“Perkara pertama ialah kemudahan asas yang perlu dinaik taraf.”

Antara perancangan Cheah adalah dengan menyelaraskan sistem kutipan lebih tersusun termasuk melantik kontraktor cekap.

Beliau juga mahu bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi mempromosikan Kukup secara lebih tersusun dan meluas.

“Kita tidak boleh suka-suka muat naik di Facebook dan berharap orang nampak,” katanya.

Selain pelancongan, Cheah turut mencadangkan pembukaan pasar malam besar berhampiran Terminal Feri Antarabangsa Kukup dengan 100 hingga 200 gerai khas untuk penduduk tempatan.

Beliau berkata langkah itu bukan sahaja dapat menarik pelancong, tetapi turut membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

“Saya mahu wujudkan peluang perniagaan, bukan hanya pekerjaan,” katanya yang akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Israk Abdullah.

Cheah turut menyeru rakyat Johor yang bekerja atau menetap di Singapura supaya pulang mengundi pada 11 Julai.

“Undi bukan untuk seorang sahaja, tetapi untuk keseluruhan Johor,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs