Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi akan berlangsung dari 20 hingga 24 April 2027.Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi akan berlangsung dari 20 hingga 24 April 2027.

Lima 2027 terima sambutan meyakinkan, 40% ruang pameran ditempah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Malek Razak bin SulaimanPanglima Angkatan Tentera Malek Razak Sulaiman (kiri) bersama panglima terdahulu, Azizan Ariffin, dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Lokman Hakim Ali di pelancaran Lima 2027.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 40% daripada ruang pameran bagi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima) 2027 ditempah dalam tempoh sesingkat dua bulan selepas pelancaran awal, menandakan minat yang kukuh daripada pempamer tempatan dan antarabangsa.

Pameran akan diadakan di Langkawi dari 20 hingga 24 April 2027.

Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata sambutan sebegitu mengukuhkan kedudukan Lima sebagai platform pilihan bagi diplomasi pertahanan, kerjasama teknologi, dan libat urus strategik perniagaan di Asia-Pasifik.

“Dalam tempoh dua bulan, hampir 40% daripada ruang pameran telah pun ditempah oleh pempamer dari Malaysia dan seluruh dunia.

“Ini mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia,” katanya dalam ucapan yang disampaikan bagi pihak beliau oleh Panglima Angkatan Tentera Malek Razak Sulaiman, pada majlis pelancaran rasmi pameran itu di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec).

Khaled berkata Lima 2027 dijangka menarik kira-kira 930 pempamer dari 36 negara, 450 delegasi rasmi dari 65 negara, 60,000 pelawat perdagangan dan sehingga 400,000 orang awam.

Pameran itu juga dijangka menampilkan sehingga 110 pesawat dan aset udara lain, serta kira-kira 90 aset maritim.

Undangan juga dipanjangkan kepada empat pasukan pertunjukan aerobatik terkenal antarabangsa dari Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia dan Rusia.

Pada sidang media seusai pelancaran, Malek berkata Lima 2027 menyokong Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), Pelan Strategik Pertahanan Negara dan pelan pembangunan tentera jangka panjang bawah Rancangan Malaysia Ke-13, iaitu ‘Angkatan Masa Hadapan’.

Malek berkata Lima 2027 akan memperkukuh kesiapsiagaan operasi angkatan tentera di samping menyokong pertumbuhan industri pertahanan tempatan melalui kerjasama yang lebih erat antara kerajaan, tentera dan pemain industri.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Lokman Hakim Ali, berkata kementerian berharap Lima 2027 akan menggalakkan kerjasama lebih besar antara syarikat pertahanan asing dan tempatan, selaras DIPN.

“Dasar kami adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 30% hingga 40% kandungan tempatan dalam apa jua yang kami import atau peroleh dari negara lain,” katanya.

Kementerian juga mahu memendekkan tempoh masa penyelidikan dan pembangunan dengan menerima pakai teknologi yang telah terbukti, di samping menggalakkan pengilang peralatan tulen bekerjasama dengan syarikat Malaysia bagi memperkukuh keupayaan pertahanan tempatan, katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.