Suhakam turut melaporkan tentang siasatan dalaman oleh pihak penjara yang lemah, dan pemeriksaan tahanan yang tidak bermoral oleh imigresen.Suhakam turut melaporkan tentang siasatan dalaman oleh pihak penjara yang lemah, dan pemeriksaan tahanan yang tidak bermoral oleh imigresen.

Suhakam dedah dakwaan kekerasan terhadap banduan wanita

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
woman jail prisonLaporan tahunan Suhakam bagi tahun 2024 membangkitkan beberapa dakwaan pelanggaran hak asasi di Penjara Wanita Kajang dan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) membangkitkan beberapa dakwaan pelanggaran hak asasi di penjara dan depoh tahanan imigresen, termasuk serangan ke atas seorang banduan wanita oleh seorang pegawai lelaki dan prosedur pemeriksaan yang mengaibkan di sebuah depot imigresen.

Suhakam dalam laporan tahunan 2024 melaporkan ia telah menjalankan siasatan ke atas Penjara Wanita Kajang dari Jun hingga September 2024, mengambil keterangan 36 saksi dan memeriksa 39 ekshibit yang diperoleh daripada Jabatan Penjara dan polis.

Suruhanjaya mendapati dakwaan kekerasan terhadap seorang banduan berisiko, dinamakan sebagai ‘Banduan 1’, oleh seorang anggota lelaki pada 21 Februari 2024 adalah berasas.

Suhakam juga menyiasat satu dakwaan kekerasan terhadap seorang lagi banduan wanita, “Banduan 2”, pada 27 Mac 2024, namun dakwaan itu tidak dapat disahkan.

“Namun, terdapat kebarangkalian (probable cause) insiden kekerasan tersebut berlaku disebabkan pelaku adalah anggota yang sama terlibat di dalam insiden kekerasan terhadap Banduan 1,” menurut laporan.

Suhakam juga menyatakan dakwaan bahawa anggota penjara menggunakan kata-kata kesat dan memberi layanan yang menjatuhkan maruah kepada banduan wanita adalah berasas.

Ia mendapati bahawa beberapa pegawai memberikan keterangan palsu sewaktu siasatan, dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab, manakala siasatan dalaman yang dilaksanakan pihak penjara untuk menyiasat insiden kekerasan adalah lemah dan tidak telus.

Suhakam turut membangkitkan kebimbangan tentang prosedur tidak jelas mengenai kebenaran anggota lelaki bertugas di dalam blok banduan wanita, kawalan keselamatan yang berada di tahap lemah sehingga berlakunya penyeludupan artikel larangan, dan kehilangan dokumen rasmi.

Suruhanjaya itu juga membangkitkan prosedur pemeriksaan tahanan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dalam siasatan ke atas kematian seorang tahanan warga Pakistan, yang ditahan pada 6 Januari 2024 dan meninggal dunia sembilan hari kemudian akibat ‘hypoxic-ischaemic encephalopathy’ (kekurangan oksigen ke otak).

Ia mendapati tahanan lelaki diarahkan berbogel dengan menanggalkan pakaian beramai-ramai bagi tujuan pemeriksaan artikel larangan. Pemeriksaan tahanan wanita dilakukan di dalam tandas, namun pintu dibiarkan terbuka sehinrgga membolehkan mereka yang lalu-lalang termasuk anggota lelaki melihatnya.

Suhakam menyatakan sesi itu didakwa dilakukan sebanyak dua kali: semasa kemasukan ke dalam depot dan kemasukan ke dalam blok.

“Suhakam mengesyorkan imigresen meneliti dan membuat semakan semula prosedur pemeriksaan tahanan berdasarkan hasil dapatan Suhakam.”

Ia turut menggesa imigresen memastikan depot tahanan menghentikan prosedur pemeriksaan tahanan yang “menjatuhkan maruah dan tidak bermoral”.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs