Fareez Akhmal Yusuf dituduh terima RM15,000 daripada suspek berusia 50 tahun pada 29 Jun lalu.Fareez Akhmal Yusuf dituduh terima RM15,000 daripada suspek berusia 50 tahun pada 29 Jun lalu.

Pegawai kastam didakwa terima rasuah tutup siasatan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
shah alam courtMahkamah Sesyen Shah Alam membenarkan tertuduh Fareez Akhmal Yusuf dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan menetapkan 3 Ogos untuk pengurusan kes.

SHAH ALAM: Seorang pegawai kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima wang tunai RM15,000 daripada seorang suspek untuk menutup siasatan satu kes.

Fareez Akhmal Yusuf didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Dia dituduh menerima wang berkenaan daripada suspek berusia 50 tahun itu di sebuah tempat letak kereta di Jalan SS4C/5, Petaling Jaya, pada 29 Jun.

Wang tersebut sebagai bayaran untuk Fareez menutup siasatan kes yang sedang dijalankan Jabatan Kastam terhadap suspek berkenaan.

Jika sabit kesalahan, Fareez berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum RM10,000.

Hakim Nasir Nordin membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Fareez untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Mahkamah menetapkan 3 Ogos untuk pengurusan kes.

Peguam Azrul Stork mewakili Fareez, manakala Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin bertindak bagi pihak pendakwaan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs