Lebih 100 lagi cedera dalam insiden berkaitan senjata api di seluruh AS sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara itu.Lebih 100 lagi cedera dalam insiden berkaitan senjata api di seluruh AS sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara itu.

Lebih 30 maut ditembak di AS pada 4 Julai

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kemerdekaan AS di National Mall, Washington pada Ahad. Media AS sering menyifatkan 4 Julai sebagai hari paling berbahaya dalam setahun ekoran jumlah jenayah berkaitan senjata api yang tinggi. (Gambar EPA Images) 

WASHINGTON: Lebih 36 orang maut, manakala lebih 100 lagi cedera dalam insiden berkaitan senjata api di seluruh Amerika Syarikat (AS) sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara itu, menurut analisis RIA Novosti pada Ahad berdasarkan data penganalisis dan laporan media.

Di tenggara Washington, polis menemui seorang lelaki 55 tahun mati ditembak pada malam 4 Julai. Siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu.

Beberapa insiden keganasan senjata api turut berlaku di kawasan berbeza di New York. Di Coney Island, sekurang-kurangnya lapan cedera dalam satu tembakan, termasuk tiga kanak-kanak. Menurut polis, tiada tangkapan setakat ini.

Insiden tembakan juga dilaporkan berlaku di Virginia, North Carolina dan beberapa negeri lain.

Di Pensacola, Florida, lima cedera dan seorang maut dalam satu tembakan pada waktu malam. Polis melaporkan beberapa tangkapan dibuat.

Di San Antonio, Texas, enam cedera dan seorang maut selepas tiga individu melepaskan tembakan ke arah sebuah pangsapuri. Dua daripada mangsa itu berusia bawah 12 tahun.

Pada malam menjelang Ahad, tujuh orang, termasuk remaja, cedera dalam satu tembakan di West Side, Chicago, menurut polis.

Gun Violence Archive yang menjejaki insiden sedemikian merekodkan tujuh tembakan besar-besaran pada 4 Julai, dengan mendefinisikannya insiden menyebabkan empat atau lebih ramai lagi cedera.

Media AS sering menyifatkan 4 Julai sebagai hari paling berbahaya dalam setahun ekoran jumlah jenayah berkaitan senjata api yang tinggi.

Presiden Donald Trump ketika berucap pada hari itu berikrar mempertahankan hak memiliki senjata api.

Market Opportunity
4 Logo
4 Price(4)
$0,008588
$0,008588$0,008588
+%2,29
USD
4 (4) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs