Ketua Setiausaha KKM Hasnol Zam Zam Ahmad berkata kerajaan berusaha menyelesaikan isu lantikan doktor kontrak bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja sektor kesihatanKetua Setiausaha KKM Hasnol Zam Zam Ahmad berkata kerajaan berusaha menyelesaikan isu lantikan doktor kontrak bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja sektor kesihatan

KKM sasar serap pegawai perubatan secara tetap mulai 2028

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
young doctorKira-kira 4,500 pegawai perubatan kontrak dijangka diserap ke jawatan tetap tahun ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan semua pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah atau ‘housemanship’ ditawarkan jawatan tetap bermula 2028.

Ketua Setiausaha KKM, Hasnol Zam Zam Ahmad, berkata sasaran itu sebahagian usaha kerajaan menyelesaikan isu lantikan doktor kontrak, selain memperkukuh tenaga kerja kesihatan negara.

Katanya, kementerian menjangkakan kira-kira 4,500 pegawai perubatan kontrak diserap ke jawatan tetap tahun ini, manakala baki lantikan akan dibuat secara berperingkat pada 2027 dan 2028.

“Kita sedang berunding dengan kerajaan untuk menetapkan dasar baharu iaitu mulai 2028 semua houseman yang menamatkan housemanship mereka terus ditawarkan jawatan tetap.

“Itu sasaran kita,” katanya dalam program audio siar Edisi Khas Bicara Sihat.

Hasnol Zam Zam AhmadHasnol Zam Zam Ahmad.

Hasnol berkata, kerajaan juga meluluskan 800 jawatan pegawai perubatan baharu setiap tahun.

Pada masa sama, katanya, KKM sedang mengisi 18,000 jawatan membabitkan 86 skim perkhidmatan yang diluluskan untuk 2026 bagi menangani kekurangan tenaga kerja dan mengurangkan beban petugas kesihatan.

Beliau turut menafikan dakwaan konon berlaku pembekuan pengambilan kakitangan KKM.

Menurutnya, hampir 60% daripada 18,000 jawatan itu sudah diisi setakat Jun, dan kementerian menjangkakan semua kekosongan dapat dipenuhi menjelang akhir tahun.

“Tiada pembekuan, malah KKM sedang rancak mengisi kekosongan itu dan sedang berurusan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,” katanya.

Menyentuh isu kelesuan upaya atau ‘burnout’, Hasnol berkata KKM melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan, termasuk memperbaiki persekitaran kerja, menambah bilangan petugas, menggantikan peralatan usang dan memperkenalkan sistem kerja lebih sesuai.

Bagaimanapun, beliau berkata perubahan itu tidak dapat dilaksanakan secepat peningkatan permintaan rakyat terhadap perkhidmatan kesihatan.

Hasnol juga berkata, antara cabaran utama KKM ialah menggantikan doktor pakar yang meninggalkan perkhidmatan, sama ada kerana bersara, menyambung pengajian atau sebab lain.

Katanya, proses melahirkan pakar baharu mengambil masa panjang dan tidak sama seperti skim perkhidmatan lain yang boleh diganti dalam tempoh singkat.

“Katakan tahun ini kita hilang 10 doktor pakar, untuk menggantikan jawatan itu mungkin ambil masa empat tahun akan datang.

“Dalam skim lain, hilang pekerja bulan ini, bulan depan sudah ada pengganti. Tapi skim kita tidak begitu, walaupun untuk jawatan juruteknik, pergigian, radiografi termasuk peringkat sokongan.

“Itu uniknya skim kita di KKM,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs