Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros berkata pendekatan sentimental tidak lagi berkesan terhadap pengundi muda.Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros berkata pendekatan sentimental tidak lagi berkesan terhadap pengundi muda.

Fokus kerja, gaji, rumah untuk tawan undi anak muda Johor, BN diberitahu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
public orang awam bukit bintang pavvilion 01 fmt 090924Noor Azleen Ambros berkata hampir separuh pengundi Johor berusia bawah 40 tahun dan lebih berminat kepada peluang ekonomi berbanding nostalgia sejarah Umno.

PETALING JAYA: Cabaran Barisan Nasional (BN) di Johor ialah meyakinkan pengundi muda bahawa gabungan itu mampu menyediakan pekerjaan, gaji lebih baik, peluang pendidikan dan rumah mampu milik, kata Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros.

Noor Azleen AmbrosNoor Azleen Ambros.

Azleen berkata, kira-kira separuh daripada 2.7 juta pengundi Johor berusia bawah 40 tahun, menjadikan kelompok itu penentu penting pada PRN 11 Julai ini.

Katanya, pengundi muda lebih ‘objektif dan menumpukan hasil dasar yang dapat dirasai, berbanding naratif sejarah mengenai peranan Umno dalam pembangunan negara atau asal-usul parti itu di Johor.

“Kalau kita main sentimen dengan pengundi muda, bahawa Umno banyak berjasa dalam pembangunan negara, ia tidak akan berkesan,” katanya kepada FMT ketika ditanya mengenai sentimen pengundi muda Melayu bandar di Johor.

Sebaliknya, beliau berkata BN perlu menerangkan dengan jelas pelan transformasi ekonomi kerajaan negeri, khususnya melalui media sosial.

Pelan itu menyasarkan hampir RM200 bilion pelaburan baharu dan penciptaan 200,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

Menurut daftar pemilih bagi PRN Johor, pengundi berusia 30 hingga 39 tahun merupakan kumpulan terbesar dengan 587,888 orang, diikuti pengundi berusia 21 hingga 29 tahun seramai 544,657 orang, dan 40 hingga 49 tahun seramai 492,922 orang.

Sebanyak 165,386 pengundi pula berusia antara 18 hingga 20 tahun, manakala 234,980 pengundi berusia lebih 70 tahun.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata, pemimpin BN sedar gabungan itu mempunyai kekangan dalam mendekati pengundi muda, sekali gus mendorong mereka mempergiat gerak kerja secara dalam talian.

Syaza Shukri.Syaza Shukri.

Katanya, pengundi muda Melayu bandar tidak mempunyai keterikatan nostalgia yang sama terhadap BN seperti pengundi lebih berusia, sebaliknya lebih cenderung menilai parti berdasarkan isu ekonomi, kos sara hidup dan peluang pekerjaan.

“Di kawasan bandar, saya percaya saingan datang daripada PH kerana orang muda Melayu bandar lebih berminat kepada isu kos sara hidup dan pekerjaan,” katanya, sambil menyifatkan perkara itu sebagai kekuatan PH.

Bagaimanapun, Syaza berkata BN masih mempunyai kelebihan sebagai kerajaan negeri sedia ada dan boleh berkempen berdasarkan rekod pentadbirannya.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata BN masih perlu mengejar PH dan parti lebih baharu seperti Parti Bersama Malaysia dalam usaha mendekati pengundi muda.

Azmi Hassan.

Katanya, usaha Umno memperkenalkan pendaftaran keahlian secara dalam talian menunjukkan parti itu sedang menyesuaikan diri dengan perubahan realiti politik.

Umno melancarkan portal keahlian digitalnya pada April dan menjelang Mei, hampir 14,000 pendaftaran baharu direkodkan.

Sayap Pemuda dan Puteri menyumbang 9,493 daripada jumlah itu, iaitu 8,233 daripada Pemuda dan 1,260 daripada Puteri, mewakili kira-kira 68% daripada keseluruhan pendaftaran.

“Sentimen nostalgia mungkin berkesan untuk satu tempoh bagi generasi lama, tetapi tidak bagi generasi muda,” kata Azmi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs