Calon PN sifatkan saingan empat penjuru sengit dan yakin sokongan pengundi bukan Melayu boleh jadi penentu kemenangan di DUN itu.Calon PN sifatkan saingan empat penjuru sengit dan yakin sokongan pengundi bukan Melayu boleh jadi penentu kemenangan di DUN itu.

Simpang Jeram ‘terbuka luas’, PN dakwa tiada parti dominan termasuk PH

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Calon PN Arshed Yahya yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam politik menyifatkan kempen PRN Johor kali ini antara paling harmoni.

BAKRI: Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Simpang Jeram, Arshed Yahya, berkata tiada parti mempunyai kelebihan dalam saingan empat penjuru di kerusi itu termasuk penyandang daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Awang berkata, keputusan di DUN itu sukar diramal kerana persaingan dijangka sengit dengan setiap parti mempunyai peluang untuk menang.

“Walaupun PH penyandang, saya rasa tiada parti boleh meramalkan siapa yang akan menang di DUN Simpang Jeram. Semua parti ada peluang dan persaingan kali ini memang sengit,” katanya kepada FMT.

Arshed yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam politik turut menyifatkan kempen PRN Johor kali ini antara paling harmoni pernah disertainya.

“Semua parti menunjukkan kematangan dan hubungan antara calon juga baik. Sepanjang lebih 20 tahun saya dalam politik, ini antara pilihan raya paling menarik,” katanya.

Mengenai strategi kempen, Arshed berkata beliau memberi tumpuan kepada pengundi bukan Melayu dengan mendekati mereka secara langsung, memandangkan sudah lama mengenali masyarakat Cina di kampungnya.

Beliau yakin sokongan sekitar 20% pengundi bukan Melayu mencukupi untuk membantu PN merampas kerusi Simpang Jeram.

Sementara itu, Pengerusi Biro Media dan Komunikasi Wanita Gerakan, Ng Mey Yuan, berkata PN berpotensi meraih sokongan pengundi bukan Melayu berdasarkan maklum balas diterima sepanjang kempen.

DUN Simpang Jeram menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan penyandang PH, Nazri Abdul Rahman, Azman Ismail (BN), Ainie Haziqah Shafii (Muda) dan Arshed.

Pada PRK Simpang Jeram sebelum ini, Nazri yang bertanding atas tiket PH dengan sokongan BN mempertahankan kerusi itu selepas menewaskan calon PN dengan majoriti 3,514 undi.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0,04784
$0,04784$0,04784
+%7,33
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.