Tangkapan itu membawa kepada penemuan beberapa peralatan mencurigakan, lebih 10 jam tangan dan sejumlah besar serpihan paip ekzos motosikal.Tangkapan itu membawa kepada penemuan beberapa peralatan mencurigakan, lebih 10 jam tangan dan sejumlah besar serpihan paip ekzos motosikal.

Lelaki ditahan berkait letupan cederakan 2 warga Malaysia di Thailand

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
x50 bom thailandSebuah Proton X50 rosak dalam letupan bom di bandar sempadan Tak Bai, wilayah Narathiwat pada Isnin lalu. (Gambar polis Thailand)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dipercayai ada kaitan dengan letupan bom di Tak Bai, Narathiwat yang mencederakan dua warga Malaysia pada Isnin lalu.

Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Tak Bai pada 3.40 petang kelmarin dalam operasi bersepadu membabitkan tiga agensi penguat kuasa.

Penahanan suspek turut membawa kepada penemuan beberapa peralatan mencurigakan, lebih 10 jam tangan dan sejumlah besar serpihan paip ekzos motosikal.

Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi Isnin lalu, dua warga Malaysia yang menaiki Proton X50 cedera selepas bom buatan sendiri (IED) yang ditanam dalam pembetung di tepi jalan meletup dekat persimpangan Sapom di Tak Bai.

Pihak berkuasa Thailand berkata, rakyat Malaysia itu bukan sasaran serangan yang dipercayai dilakukan pemberontak disyaki.

Dua rakyat Malaysia itu dirawat di Hospital Narathiwat, sebelum dibawa pulang ke Malaysia untuk rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.