Rosli Moin Ahmad kata beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira pendirian beberapa bekas ketua kampung.Rosli Moin Ahmad kata beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira pendirian beberapa bekas ketua kampung.

Ahli Bersatu isytihar sokong calon PH bagi DUN Sri Medan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
BERSATU Sri Medan menyokong calon PHAhli Bersatu Bandar Sri Medan bersama calon PH, Hishamuddin @ Misrin Ishak (duduk, tengah).

MUAR: Sekumpulan ahli Bersatu secara terbuka mengumumkan mereka akan menyokong calon Pakatan Harapan bagi DUN Sri Medan pada PRN 11 Julai ini.

Salah seorang daripada mereka, Rosli Moin Ahmad yang juga bekas ketua cawangan Bandar Sri Medan, berkata beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira pendirian beberapa bekas ketua kampung, selain tertarik dengan kestabilan kerajaan semasa.

Beliau menegaskan langkah ini bukan kerana kecewa dengan Perikatan Nasional (PN). “Lagipun di sini calon PN dari PAS, bukan Bersatu,” katanya kepada FMT.

“Saya sokong PH bukan sebab kecewa dengan pimpinan PN. Bila anak-anak buah tanya nak ikut siapa, saya kata kita ikut parti pemerintah. Saya masih ahli Bersatu dan tidak keluar parti. Saya cuma akan mengundi serta menyokong calon PH.”

Penyandang, Zulkurnain Kamisan, daripada BN akan mempertahankan Sri Medan daripada calon PH, Hishamuddin @ Misrin Ishak, dan Ahmad Rosdi Bahari mewakili PN. Pada PRN lalu, Zulkurnain menang dengan kelebihan 6,274 undi.

Rosli berkata keputusannya demi kepentingan penduduk, menepis sebarang anggapan beliau dipaksa menyokong calon PH atau menerima bayaran.

“Saya tidak dipaksa atau dibayar oleh mana-mana pihak. Saya berjuang demi anak-anak buah saya. Terpulang kepada parti jika mahu mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Menurutnya, Bersatu Bandar Sri Medan mempunyai kira-kira 130 ahli.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002503
$0.00002503$0.00002503
-7.29%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.