Setiausaha agung DAP berkata sebaliknya PAS pilih bergantung kepada 'proksi', BN.Setiausaha agung DAP berkata sebaliknya PAS pilih bergantung kepada 'proksi', BN.

PAS gentar bersemuka dengan DAP, kata Loke

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
anthony loke siew fookSetiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, berkata keputusan PAS tidak meletakkan calon di kawasan ditandingi DAP menjadi sebahagian strategi menyatukan undi bagi calon BN.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mendakwa PAS gentar untuk bersemuka dengan parti itu pada PRN Johor, sebaliknya memilih bergantung kepada ‘proksi’, Barisan Nasional (BN).

Loke berkata, keputusan PAS tidak meletakkan calon di kawasan ditandingi DAP menjadi sebahagian strategi menyatukan undi bagi calon BN, terutamanya daripada MCA, lapor Sin Chew.

“PAS tahu walaupun parti itu meletakkan calon menentang DAP pada PRN ini, ia tidak akan menang dan hanya akan memecahkan undi.

“Sebab itulah mereka memilih pendekatan untuk memindahkan undinya kepada BN dan membantu calon MCA menang,” Loke dipetik sebagai berkata pada satu ceramah malam tadi.

Loke turut menyifatkan PAS sebagai parti tidak berprinsip kerana menyeru penyokong untuk menyokong BN di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).

Beliau menggesa penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk keluar mengundi pada 11 Julai bagi memastikan gabungan itu mengekalkan kerusi mereka. PH menang 12 daripada 26 kerusi ditandinginya pada PRN lalu.

Loke memberi amaran jika BN menang lebih 50 daripada 56 kerusi disasarkannya pada pilihan raya itu, ia akan menjurus dominasi satu parti tunggal, sekali gus melemahkan kedudukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang akhirnya menjejaskan kestabilan kerajaan persekutuan.

Katanya, sekiranya BN mencatatkan kemenangan besar, ia akan melenyapkan sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

“Pengundi Johor mesti keluar beramai-ramai untuk mengundi bagi mengelak landskap politik Johor daripada didominasi secara berlebihan oleh BN,” katanya.

Sebelum ini, bekas Adun Mengkibol daripada DAP, Chew Chong Sin, mendakwa wujud pakatan rahsia antara BN dan PN bagi PRN Johor berdasarkan 33 calon dipertaruhkan PN.

Umno Johor menepis dakwaan Chew itu sambil menyatakan BN tidak pernah mengadakan sebarang rundingan dengan PN.

Awal hari ini, Presiden MCA Wee Ka Siong turut menyangkal dakwaan BN dan PN sedang bekerjasama mengambil alih kerajaan Johor, dengan menyebut empat kerusi menyaksikan dua gabungan itu bertembung sesama sendiri pada PRN ini.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002545
$0.00002545$0.00002545
-5.74%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.