Perdana menteri berkata projek itu bukan baharu untuk raih undi dan peruntukan diluluskan dalam belanjawan tahunan.Perdana menteri berkata projek itu bukan baharu untuk raih undi dan peruntukan diluluskan dalam belanjawan tahunan.

Pengumuman projek KPKT di Johor tak langgar peraturan SPR, kata Anwar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata projek baik pulih bumbung flat di Skudai, Johor sudah diluluskan dalam belanjawan sebelum ini. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengumuman projek baik pulih bumbung flat di Skudai, Johor oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bukan satu kesalahan pilihan raya kerana ia sudah diperuntukkan dalam belanjawan tahunan.

Anwar berkata, projek tersebut tidak melanggar mana-mana peraturan pilihan raya kerana ia bukannya projek baharu yang diwujudkan secara sengaja untuk meraih undi.

“Saya semak, beliau (Nga) umumkan projek yang telah diluluskan. Jadi kalau ikut dari segi prinsip, peraturan pilihan raya, itu dibenarkan. Tidak boleh projek baharu.

“Ada projek diluluskan dalam belanjawan tahun lalu… itu tidak ada kesalahan dari peraturan pilihan raya. Saya semak dari segi undang-undang dan juga kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) serta Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya ketika waktu pertanyaan perdana menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mempersoalkan etika tindakan NGa mengumumkan peruntukan RM2.5 juta bagi baik pulih bumbung flat di Skudai itu tepat pada hari penamaan calon.

Shahidan mendakwa tindakan menteri terbabit yang sering mengumumkan projek sebelum atau semasa penamaan calon kelihatan seperti sengaja mahu ‘mencari pengaruh’ ketika pilihan raya.

Bagaimanapun, Anwar berkata walaupun tindakan terbabit dibenarkan dari segi undang-undang, beliau sendiri memilih untuk mengelak daripada membuat pengumuman sedemikian bagi mengelakkan sebarang salah faham.

“Walaupun saya tidak lakukan, Saya cuba elak kerana ia menimbulkan salah faham. Tetapi kalau mengatakan kita telah luluskan, (maka) boleh,” katanya.

Anwar turut mengingatkan bahawa sebarang pengumuman dasar atau jaminan projek baharu yang mempunyai implikasi kewangan tetap dilarang keras di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sebaik sahaja tempoh penamaan calon bermula.

Sebelum ini, Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz turut mempersoalkan masa pengumuman peruntukan RM216.44 juta oleh Nga bagi pembangunan perumahan dan kesejahteraan komuniti di Johor.

Bekas Adun Puteri Wangsa itu mengkritik amalan kerajaan yang mengagihkan ‘gula-gula pilihan raya’ setiap kali pilihan raya diadakan, sambil menambah pengundi sudah boleh membezakan antara pengumuman dasar yang tulen dengan ‘gula-gula’ bermotif politik.

PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai dengan hari penamaan calon 27 Jun, dan pengundian awal 7 Julai.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002722
$0.00002722$0.00002722
+3.65%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.