Jabatan Alam Sekitar sebelum ini tolak laporan asal kesan alam sekitar untuk cadangan pengembangan kemudahan tersebut.Jabatan Alam Sekitar sebelum ini tolak laporan asal kesan alam sekitar untuk cadangan pengembangan kemudahan tersebut.

Lynas akan kemuka kemas kini laporan EIA pembesaran loji Gebeng

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
lynas gebengLynas pada Mac lalu diberi pembaharuan lesen operasi selama 10 tahun dengan syarat yang lebih ketat ditetapkan kerajaan susulan kebimbangan berkaitan alam sekitar. (Gambar Lynas)

PETALING JAYA: Lynas Rare Earths Ltd akan mengemukakan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang dikemas kini bagi cadangan pengembangan loji syarikat itu di Gebeng, Pahang, selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) menolak laporan asalnya.

Dalam kenyataan, syarikat itu berkata laporan EIA bagi cadangan pengembangan operasinya di loji tersebut telah melalui semakan teknikal di bawah proses penilaian kawal selia Malaysia.

“JAS meminta Lynas mengemukakan EIA yang dikemas kini susulan proses semakan teknikal tersebut. Lynas akan mengemukakan EIA yang dikemas kini seperti yang diminta,” kata syarikat itu.

Pada Oktober tahun lalu, pengeluar nadir bumi dari Australia itu mengumumkan rancangan untuk meningkatkan kapasiti pemprosesannya di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap logam penting untuk robotik, teknologi canggih dan aplikasi ketenteraan. Projek itu dianggarkan menelan kos hampir RM500 juta.

Cadangan pengembangan tersebut melibatkan peningkatan kapasiti pemprosesan pekatan lantanida loji itu daripada 95,000 tan setahun kepada 110,000 tan setahun, selain memperkenalkan 69,000 tan setahun bahan suapan karbonat nadir bumi campuran yang telah diproses di kemudahan Lynas di Kalgoorlie, Australia.

Berdasarkan dokumentasi EIA, pengembangan itu akan menyebabkan peningkatan sebanyak 16% sisa radioaktif Water Leach Purification (WLP), menjadikan jumlah keseluruhan sisa WLP mencecah 2.55 juta tan metrik menjelang Mac 2031, berbanding 2.41 juta tan tanpa pengembangan tersebut.

Menurut laman sesawang JAS, laporan setebal 770 halaman itu dikemukakan pada 3 April dan dibuka untuk semakan awam dari 10 April hingga 9 Mei, manakala maklum balas awam diterima sehingga 24 Mei.

Bagaimanapun, portal tersebut tidak menyatakan sebab laporan berkenaan ditolak.

Syarikat itu diberikan pembaharuan lesen operasi selama 10 tahun di Malaysia pada Mac lalu dengan syarat yang lebih ketat ditetapkan kerajaan susulan kebimbangan berkaitan alam sekitar.

Lynas merupakan satu-satunya pembekal oksida nadir bumi ringan dan berat di luar China.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order