Anwar Ibrahim berkata dua negara itu akan guna saluran diplomatik bersama pihak kuasa Myanmar bantu menyelesaikan pelarian Rohingya.Anwar Ibrahim berkata dua negara itu akan guna saluran diplomatik bersama pihak kuasa Myanmar bantu menyelesaikan pelarian Rohingya.

Malaysia-Bangladesh kerjasama menerusi Asean tangani krisis Rohingya, kata PM

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata beliau dan rakan sejawat dari Bangladesh Tarique Rahman berkongsi komitmen kukuh untuk selesai nasib pelarian Rohingya. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Bangladesh akan memperkukuh kerjasama menerusi mekanisme Asean dalam usaha mencari penyelesaian jangka panjang terhadap krisis pelarian Rohingya, termasuk melibatkan pihak berkuasa Myanmar bagi menangani isu berkenaan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata kedua negara akan bekerjasama melalui saluran diplomatik di peringkat menteri luar serta platform Asean dengan melibatkan menteri luar masing-masing dan pihak berkuasa Myanmar bagi membantu menyelesaikan sebahagian daripada isu berkaitan.

“Kedua-dua negara berkongsi komitmen yang kukuh untuk menyelesaikan nasib pelarian Rohingya yang kini menetap di Bangladesh dan Malaysia,” kata Anwar pada sidang media bersama Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman.

Sementara itu, Tarique menyatakan kebimbangan terhadap situasi kemanusiaan dihadapi masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh, serta merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan dalam memastikan proses penghantaran pulang mereka ke Myanmar dilaksanakan secara selamat, bermaruah, dan mampan.

Beliau berkata, Bangladesh berharap dapat mempertingkatkan lagi kerjasama serantau yang lebih rapat melibatkan beberapa isu.

“Saya menyatakan kebimbangan terhadap masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh serta merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan dalam memastikan proses penghantaran pulang mereka ke Myanmar dilaksanakan secara selamat, bermaruah dan mampan,” katanya.

Terdahulu, Anwar dan Tarique mengadakan perbincangan dua hala bagi menilai perkembangan hubungan Malaysia-Bangladesh serta meneroka peluang memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, pengurusan sumber manusia, semikonduktor, tenaga, pertanian, dan pendidikan.

Kedua pemimpin itu turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) kerjasama kebudayaan, serta dua pertukaran nota (EoN) berkaitan penyelidikan antikeganasan dan promosi serta pemudahcaraan pelaburan.

Tarique, yang tiba di sini malam tadi, bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Anwar, yang juga lawatan rasmi dua hala pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari 2026.

Pada 2025, jumlah perdagangan Malaysia dan Bangladesh mencecah RM12.18 bilion (USD2.84 bilion), dengan eksport Malaysia ke negara itu bernilai RM10.08 bilion (USD2.35 bilion), didominasi produk petroleum.

Import dari Bangladesh pula berjumlah RM2.10 bilion (USD500 juta), membabitkan tekstil, pakaian, dan kasut.

Bangladesh merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia di peringkat global, selain rakan dagang kedua terbesar negara di rantau Asia Selatan selepas India, termasuk sebagai destinasi eksport dan sumber import utama.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002943
$0.00002943$0.00002943
+1.27%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order