Khoo Poay Tiong persoal kredibiliti pembangkang susulan pertukaran jawatan ketuanya.Khoo Poay Tiong persoal kredibiliti pembangkang susulan pertukaran jawatan ketuanya.

Dewan Rakyat kecoh wakil DAP persoal ‘tukar-tukar’ ketua pembangkang

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Khoo Poay Tiong dan Takiyuddin Hassan berhubung isu jawatan ketua pembangkang yang disahkan dipegang semula olah Hamzah Zainudin.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh susulan pertikaman lidah antara blok kerajaan dan pembangkang berhubung kedudukan Hamzah Zainudin (PN-Larut) sebagai ketua pembangkang.

Kekecohan bermula apabila Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit mempertahankan jawatan Hamzah dengan menegaskan bahawa pelantikan itu tidak bercanggah dengan Perkara 49(a) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Takiyuddin, status Hamzah tidak boleh disamakan dengan Ahli Parlimen bebas kerana beliau bertindak di bawah sebuah parti politik yang sah dan berdaftar.

“Larut (Hamzah) bukan Ahli Parlimen bebas. Sebaliknya, beliau berada di bawah satu parti yang didaftarkan secara sah, maka tidak timbul isu pelanggaran Perkara 14(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang daripada blok kerajaan, terutamanya Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bangun mempersoalkan kredibiliti kepimpinan pembangkang.

Khoo secara sinis menyelar pertukaran posisi dalam kalangan pimpinan pembangkang yang disifatkannya sebagai tidak menentu.

“Ketua pembangkang tiba-tiba tukar-tukar macam itulah…tak profesional langsung,” selar Khoo, yang sekaligus mencetuskan kekecohan dan sorakan daripada kedua-dua belah pihak.

Keadaan yang semakin tegang itu bagaimanapun ditenangkan oleh Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang tampil memberikan ketetapan muktamad bagi meredakan pertikaian tersebut.

“Saya dah jelaskan, semua dokumentasi saya perhati dengan perhalusi dan saya sahkan Larut ketua pembangkang, jadi tiada soalan,”katanya sekali gus menamatkan pertikaman lidah berkenaan sebelum meminta sesi perbahasan diteruskan.

Terdahulu, Johari mengesahkan Hamzah kembali memegang jawatan sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkuat kuasa 18 Jun lalu.

Hamzah mengantikan Ahli Parlimen Kemaman Ahmad Samsuri Mokhtar yang memegang jawatan itu dari 21 Mei hingga 10 Jun.

Beliau dipecat daripada Bersatu pada Februari lalu menyebabkan kedudukan beliau selaku ketua pembangkang dipertikai oleh penyokong Presiden Muhyiddin Yassin.

Susulan itu, gabungan pembangkang melantik Samsuri yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) menggantikan hamzah.

Jawatan itu kemudiannya diberikan semula kepada Hamzah dengan persetujuan 43 Ahli Parlimen PAS dan 19 Ahli Parlimen pembangkang yang menyokong beliau terus kekal sebagai ketua pembangkang.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs