Hakim memerintahkan tuntutan dan semua dokumen dikembalikan kepada Lee Kim Tah (Pte) Ltd untuk penyerahan di hadapan 'forum mengikut bidang kuasa sewajarnya yangHakim memerintahkan tuntutan dan semua dokumen dikembalikan kepada Lee Kim Tah (Pte) Ltd untuk penyerahan di hadapan 'forum mengikut bidang kuasa sewajarnya yang

Mahkamah India kembalikan saman terhadap pengarah syarikat usaha sama milik Singapura untuk difail semula

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
L&W Construction PLPerintah interim diperoleh bulan lalu terhadap dua pengarah warga Singapura bagi syarikat India, L&W Construction Private Limited, telah dibatalkan. (Gambar Facebook L&W Construction PL)

PETALING JAYA: Mahkamah Komersial di Bengaluru, India, memutuskan untuk mengembalikan memorandum tuntutan difailkan syarikat pembinaan Singapura, Lee Kim Tah (Pte) Ltd kepada syarikat itu untuk difailkan semula.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Komersial, Arjun S Mallur pada Sabtu.

“Tuntutan berkenaan diperintah untuk dikembalikan bersama semua dokumen kepada plaintif (Lee Kim Tah) bagi tujuan penyerahan di hadapan forum mengikut bidang kuasa sewajarnya yang selaras undang-undang.

“Justeru, perintah interim bertarikh 2 Mei 2026 terbatal serta-merta,” kata hakim tersebut tanpa mengemukakan sebarang alasan.

Keputusan itu dibuat susulan satu saman difailkan bulan lalu oleh Lee Kim Tah terhadap pengerusi Woh Hup (Private) Limited, Kim Yong, dan adiknya Eugene, seorang pengarah, atas dakwaan melanggar kewajipan fidusiari terhadap syarikat usaha sama di India, L&W Construction Pte Ltd.

Perintah interim yang kini sudah terbatal itu sebelum ini melarang Yong bersaudara daripada terlibat sebarang transaksi tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Dua beradik itu berhujah bahawa Mahkamah Komersial Bengaluru tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes berkenaan.

Mereka meminta agar mahkamah ‘mengembalikan tuntutan’ kepada Lee Kim Tah supaya ia dapat difailkan di mahkamah sepatutnya ‘demi kepentingan keadilan dan ekuiti’.

Keduanya menyatakan saman tersebut tidak termasuk dalam definisi ‘pertikaian komersial’ dan gagal memenuhi nila ambang monetari ditetapkan undang-undang India untuk adjudikasi oleh Mahkamah Komersial.

L&W terlibat dalam projek besar di India terkait dengan pemaju disokong Temasek, CapitaLand dan Mapletree.

Dalam samannya, Lee Kim Tah mendakwa CapitaLand telah, pada 2023, memaklumkan kepada Lembaga Pengarah L&W bahawa pekerja syarikat usaha sama itu telah merasuah kakitangan CapitaLand berkaitan sebuah projek di Pune.

Satu audit tadbir urus bebas kemudiannya telah ditugaskan, membawa kepada dakwaan yang mendedahkan ketidakpatuhan ketara melibatkan seorang eksekutif kanan.

Saman itu selanjutnya mendakwa sebuah firma guaman Singapura, juga pada 2023, telah mengesyorkan agar L&W memulakan tindakan undang-undang terhadap eksekutif berkenaan dan rakan subahatnya seperti didakwa.

Firma guaman itu mencadangkan agar usaha menuntut semula sekitar 33 crore rupee India (kira-kira USD3.5 juta) dibuat, bersama dengan pembayaran tidak wajar yang lain, kerugian, serta pemulangan keuntungan yang diperoleh secara tidak sah.

Dalam pada itu, siasatan masih diteruskan mengenai aduan jenayah difailkan terhadap eksekutif kanan berkenaan, yang dituduh menyalahgunakan kuasa untuk menyalurkan dana syarikat kepada pihak yang tidak dibenarkan melalui invois didakwa palsu atau bertindih.

Difahamkan, polis India telah mengunjungi pejabat L&W minggu lalu dan menemu bual beberapa kakitangan, yang memberi kerjasama penuh.

Seorang lagi bekas eksekutif L&W—yang sebelum ini dituduh menerima rasuah lalu menjadi tahanan kehakiman hampir dua tahun sementara menunggu perbicaraan—telah pun dibebaskan daripada pertuduhan.

Dia mendakwa telah dianiaya oleh eksekutif kanan itu selepas bertindak sebagai pemberi maklumat untuk mendedahkan salah laku yang didakwa, yang akhirnya membawa kepada prosiding jenayah berkenaan.

Market Opportunity
Love Earn Enjoy Logo
Love Earn Enjoy Price(LEE)
$1
$1$1
0.00%
USD
Love Earn Enjoy (LEE) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order